Willian hero Chelsea di Lille

LILLE 3 Okt. – Jaringan lewat Willian memberikan Chelsea kemenangan berharga 2-1 ke atas Lille dalam saingan Liga Juara-Juara.

Pemain Brazil itu melakukan sepakan Voli pada minit ke-78 di Stade Pierre-Mauroy dalam penampilan ke-300 bersama The Blues.

Tammy Abraham terlebih dahulu meletakkan Chelsea di hadapan pada hari jadinya yang ke-22 dengan dai memiliki lapan jaringan musim ini bersama kelab sebelum Victor Osimhen menyamakan kedudukan buat Lille.

“Secara keseluruhan ia adalah perlawanan yang baik. Beraksi di tempat lawan bukan mudah.

“Pujian perlu diberikan kepada pasukan kerana beraksi dengan baik,” kata Abraham.

Skuad kendalian Frank Lampard akan bertemu Ajax dalam perlawanan berikutnya dan mereka berkeyakinan untuk terus mencipta kemenangan.

“Venue ini sangat sukar untuk kami, penyokong mereka luar biasa, kepantasan mereka juga luar biasa.

“Serangan balas adalah kekuatan mereka, jadi kami perlu bersedia dan perlawanan hari ini sangat baik,” kata Lampard.-AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *