Wan Jamak Bersuara Isu AMD

Pengurus Besar Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Muhammad Yusuf Ibrahim semalam membayangkan mereka mungkin akan menyerap masuk lebih ramai pemain muda berda rah kacukan yang berkualiti melalui pencarian bakat di seluruh negara.

Baru-baru ini, pemain berda rah kacukan Malaysia-Nigeria, Aidiel Zacharia Firdaus Nelson Abdullah yang berusia 12 tahun disahkan bakal menyertai AMD pada tahun depan. Bakatnya dikesan ketika beraksi bersama sebuah akademi dari Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai 1su tersebut, bekas jurulatih skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berharap AMD memberi keutamaan kepada bakat tempatan berbanding pemain kacukan.

“Jika nak cungkil bakat, melihat perkembangan dan pembangunan, maka bakat tempatan perlu dijadikan keutamaan dan perlu sabar untuk menantikan kecemerlangan yang bakal diserlahkan pemain muda negara.

“Jangan cepat untuk mengejar keputusan atau kecemerlangan dan AMD perlu terus memberikan kepercayaan penuh kepada bakat tempatan.

“Contohnya, kita tengok pemain Jepun atau Korea Selatan, mereka mana ada pernah menang kejuaraan semasa pertandingan bawah 12, 14, 15 atau 16 tahun macam pasukan AMD kita sekarang.

“Tetapi, macam mana mereka mampu layak ke kejohanan Piala Dunia Bawah 17 tahun dan Piala Dunia Bawah 20 tahun? Di sini kita nampak pembangunan dan perkembangan bakat tempatan mereka,” katanya dalam Sinar Harian.

Beliau turut berpendapat pemain muda tempatan yang sedia ada masih boleh digilap dari segi skill dan corak permainan untuk memastikan mereka benar-benar bersedia untuk beraksi di peringkat pr0fesional.

“Kadang-kadang pemain ini ada yang cepat matang, ada yang lambat matang. Kita kena sabar cungkil bakat mereka, tengok dan gilap kekuatan manakala kelemahan yang ada diperbaiki,” katanya.