Vietnam Ada cara Sendiri

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menganggap Emiriah Arab Bersatu  satu pasukan yang kuat menjelang perlawanan men3ntang pasukan itu pada Rabu ini.Vietnam dan UAE akan berentap bagi merebut tempat pertama dalam kumpulan G sekaligus layak ke pusingan ketiga kelayakan dan temasya Piala Asia 2023 sebagai juara kumpulan.

Menurut Hang-seo, UAE mempunyai kelebihan dari beberapa sudut namun pasukannya akan memberikan cabaran kepada skuad bimbingan Bert van Marwijk itu.

Saya telah menyaksikan mereka UAEmberaksi ketika turun men3ntang Malaysia tempoh hari. Mereka merupakan satu pasukan dan lawan yang kuat.

Meskipun kami sedang mendahului kumpulan, UAE mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan skil. Akan tetapi, kami akan mencari cara untuk menewaskan mereka, kata Hang-seo.

Vietnam ketika ini menjadi pendahulu kumpulan G dengan kutipan 17 mata, dua mata dibelakang UAE yang menduduki tangga kedua.

Thailand dan Malaysia masing-masing berada di tangga ketiga dan keempat dengan 9 mata manakala Indonesia kekal di tangga tercorot dengan satu mata.