[VIDEO] Ronaldo beri hadiah kasut, tulis surat tentang mimpi

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo menghadiahkan sepasang kasut bola kepada setiap pemain skuad wanita bawah 17 tahun Portugal selepas menewaskan Latvia 4-0 dalam aksi kelayakan EURO 2020.

Pemain-pemain tersebut membaca surat yang ditulis oleh Ronaldo dengan nada yang gembira dan teruja menerima melihat kasut yang diberikan oleh bintang bola sepak dunia terkenal itu.

“Saya menghantar kasut bola Mercurical Speed dengan harapan ia dapat membantu anda mencapai impian anda. Ketika saya masih kanak-kanak, saya seorang yang ‘simple’ tetapi mempunyai mimpi yang cukup gila. Bukan jenis mimpi ketika kamu sedang tidur. Ini adalah mimpi yang anda sangat mahukan sehingga anda akan terjaga pada waktu malam.

Saya memang mahu menjadi seorang pemain bola sepak terbaik di dunia. Saya dedikasi hidup saya di dalam mimpi, di dalam gim, di padang latihan, saya lakukan segalanya yang perlu supaya menjadi kenyataan.

Jadi, mimpi sangat penting dan lebih penting jika kita bekerja keras untuk mencapainya. Saya sedar mimpi saya dan saya berharap anda juga mampu kecapinya. Jangan teragak-agak untuk mengejarnya.

Jika saya boleh, anda juga boleh lakukannya. Tahniah di atas kelayakan untuk pusingan elit. Kekal fokus dan tumpukan perhatian untuk kejayaan anda seterusnya. Selamat berjaya dan bergembira dengan kasut bola tersebut.”

Laporan dailymail.co.uk yang memetik laman rasmi Portugal turut berkongsi video pemain skuad wanita bawah 17 tahun Portugal membacakan surat tersebut yang kini meraih 238,000 tontonan dan rata-rata netizen mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan terbabit.

Mereka juga memuji Ronaldo yang memberi kasut tersebut kepada mereka yang dapat menyunting semangat kepada mereka untuk melakukan kemenangan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *