Video: Pemain JDT Tolak Pengadil Tapi Tiada Tindakan

Jika beberapa tahun lalu, aksi antara Sri Pahang FC menentang Johor Darul Ta’zimĀ  sememangnya adalah satu aksi ‘blockbuster’ yang sudah pastinya menjadi perlawanan yang amat dinanti-nantikan penyokong bola sepak tempatan.Ini kerana dua pasukan itu memiliki reputasi yang tersendiri sebagai ‘gerg@si’ bola sepak tempatan dan pertembungan dua pasukan itu sentiasa menjanjikan aksi yang sengit dan begitu mengujakan.

Namun pada 2021, pertemuan dua pasukan itu menceritakan perubahan yang amat besar khususnya daripada jurang dua pasukan itu yang jauh berbeza bagaikan ‘langit dan bumi’.Skuad Tok G@jah memasuki gelanggang kali ini dengan status sebagai pasukan di zon peny!ngkiran manakala H@rimau Selatan pula terus mencengkam ‘kuku’ mereka di persada liga.

Namun, bukan kedudukan itu yang perlu dibimbangkan SPFC kerana ada perkara lebih besar yang sepatutnya menjadi tumpuan mereka jika mahu mengelak dari ‘dilapah’ di tempat sendiri.Apa yang perlu dirisaukan mereka sudah pastilah kepada ‘mesin gol’ JDT, Bergson da Silva yang setakat ini unggul dengan lapan gol sekali gus menjadi penjaring terbanyak Liga Super setakat ini hanya pada musim pertamanya di sini.

Bukan hanya Bergson malah SPFC juga perlu ‘bergasak’ untuk berdepan kelincahan Arif Aiman Hanapi dan kelicikan Gonzalo Cabrera di mana ser@ngan JDT bagaikan anak panah yang ditemb@k dari busur untuk menembusi pertahanan lawan.

Ini sudah tentu menjadi tugas berat untuk digalas barisan pertahanan SPFC apatah lagi mereka kini muncul sebagai pasukan ketiga paling banyak dibolosi selepas lapan perlawanan dengan 13 gol.Untuk aksi ini, tidak keterlaluan mengatakan yang SPFC memerlukan keajaiban untuk mengejutkan JDT yang jelas sudah berada pada kelas tersendiri apatah lagi mereka belum lagi tewas dalam lapan perlawanan sebelum ini.Bukan mahu memperkecilkan kemampuan skuad bimbingan Dollah Salleh itu tetapi berdasarkan prestasi semasa, nama di atas kertas dan momentum ketika ini, mereka jelas memerlukan lebih daripada sekadar kudrat untuk mencipta kejutan ke atas JDT.

Namun memetik kata kata komander Deimon Devil Bats, Hiruma Yoichi dari ‘manga’ terkenal Jepun, ‘Eyeshield 21’, si kerdil menewaskan gergasi adalah satu perkara yang sering terjadi.Jadi tidak kisahlah sama ada SPFC hanya mahu ‘naik minyak’ ketika menentang JDT sama seperti pasukan lain yang berdepan JDT sebelum ini, kalau dengan cara ini mereka dapat mengutip sekurang-kurangnya satu mata, mengapa tidak?