Tak Selera Tengok Jurulatih Yang Berseluar Jeans

Ketika kelakuan ‘g@nas’ segelintir pemain Liga Malaysia¬† di atas padang dipertikai, penampilan beberapa jurulatih semasa perlawanan turut mengundang kr!tikan.

Legenda bola sepak negara, Khalid Ali mengakui dukacita dengan penampilan beberapa pengendali pasukan terutama jurulatih import yang dianggap tidak mengenakan pemakaian yang sesuai dengan liga profesional.

Khalid berkata, pemakaian seluar jeans yang lusuh oleh jurulatih dianggap memberi imej yang kurang baik, apatah lagi Liga M mungkin turut disaksikan peminat dari negara luar.

Justeru, katanya, Persatuan Bolasepak Malaysia atau Liga Bolasepak Malaysia  perlu melihat perkara itu dan menjelaskan garis panduan mengenai etika pemakaian oleh jurulatih ketika di atas perlawanan.

Sebagai liga profesional, saya dukacita dengan penampilan beberapa jurulatih terutama ketika aksi Selangor dan Kedah sebelum ini. Sebagai jurulatih di padang, tidak berapa baik dari segi pakaian yang mana memakai jeans. Adakah FAM dan MFL membenarkan jurulatih memakai jeans? Pakai kemeja baju di luar, saya ada bercakap dengan kawan-kawan adakah ini liga profesional atau liga kampung?

Saya rasa tak selera tengok jurulatih yang berseluar jeans. Pakai jeans pula yang lusuh, sepatutnya FAM dan MFL kena tengok benda ini, katanya kepada BH Sukan semalam.

Selain itu, Khalid yang juga bekas pemain Selangor memuji penampilan jurulatih Johor Darul Ta’zim , Benjamin Mora yang dianggap menepati ciri jurulatih dan liga profesional.

sumber:BH

Sepatutnya jurulatih pakai ‘tracksuit’ atau pakai blazer. Anda patut tengok jurulatih JDT, pakaian mereka, penampilan dan profesional dalam menguruskan liga tertinggi di Malaysia, katanya.