Super Mokh Masih Di Atas C.Ronaldo,Messi

Ia susulan kejayaan penyrang Portugal, Cristiano Ronaldo yang berjaya menyamai rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman di peringkat antarabangsa dari Iran, Ali Daei dengan 109 gol.

Namun paling mengujakan sudah tentunya nama Mokhtar atau lebih dikenali dengan gelaran Super Mokh untuk berada dalam senarai terbabit di kedudukan ketiga menerusi 89 gol.

Malah rekod berkenaan juga menyaksikan Mokhtar berjaya mengatasi dua legenda dunia iaitu Ferenc Puskas Hungary dan Pele Brazil dengan masing-masing hanya meledak 84 dan 77 gol dalam aksi antarabangsa.

Catatan itu juga menyaksikan jumlah gol Mokhtar lebih banyak berbanding Lionel Messi di peringkat antarabangsa bersama skuad kebangsaan Argentina dengan 70 gol saja.

Arena Metro yang pernah melaporkan tentang rekod jaringan itu pada 11 September tahun lalu sempat menemubual anak lelakinya, Mohd Reza yang tidak menyangka ayahnya adalah antara penyrang paling prolifik dunia.

Saya sendiri tak tahu berkenaan jumlah gol itu dan paling terkejut antara tiga pemain terbaik dunia. Tapi tetap berbangga kerana itu menunjukkan pencapaian ayah sentiasa dikenang, katanya dalam laporan sebelum ini.