Selamat Tinggal

KUANTAN: Pemain import Pahang dari Singapura, Safuwan Baharudin mengesahkan bahawa dia tidak lagi bersama skuad Tok G@jah musim depan.

Ini kerana pemain tengah yang menyertai Pahang pada 2018 mengesahkan kontraknya yang berakhir pada 2020 ditamatkan setahun lebih awal.

Safuwan di laman instagram mengesahkan bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) melepaskannya biarpun masih berbaki satu musim.

“Biarpun tanpa sebab, saya tidak menyesal bersama Pahang selama dua musim sejak 2018 kerana ia adalah impian untuk bermain bersama skuad Tok G@jah.

“Buat penyokong Tok G@jah, saya minta maaf kerana tidak dapat membantu Pahang melangkah ke final Piala FA dan Piala Malaysia.

“Saya turut berterima kasih di atas sokongan yang diberikan rakan sepasukan, barisan kejurulatihan dan famili sepanjang dua musim bersama Pahang,” kata pemain berumur 28 tahun itu.

Sepanjang dua musim bersama Pahang, Safuwan antara tonggak utama dalam memperkas@kan jentera tengah dan bergandingan bersama Nor Azam Azih.

Kejayaan manis bekas pemain Melbourne City FC itu ialah membantu Pahang menjulang Piala FA musim lalu.

Namun, ketiadaan Safuwan musim depan sudah pasti memberi impak dalam usaha memperkemaskan jenter@ tengah yang dilihat goyah jika pemain itu tidak beraksi sama ada dig@ntung atau mengalami kec3deraan.

Mengikut rekod, sebelum menyertai Pahang, Safuwan pernah menyarung jersi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2016 dan 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *