Selamat tinggal hijau putih?

Melaka United pantas menoktahkan sp3kulasi masa depan penjaga gol utama mereka, Khairul Fahmi Che Mat apabila mengumumkan bahawa pemain itu akan kekal di Hang Jebat untuk musim 2020.

Kr!sis kewangan krit!kal mem@ksa skuad sang kancil melepaskan ramai pemain-pemain tonggak bergaji besar dengan Khairul Fahmi turut dikaitkan dengan perpindahan ke Pahang, namun menurut laman rasmi Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Khairul Fahmi masih mempunyai kontrak setahun justeru akan terus menyarung jersi hijau putih musim depan.

Sebagai rekod, Khairul Fahmi yang juga bekas penjaga gol kebangsaan menyertai Melaka United ketika jendela perpindahan kedua 2018 selepas Kelantan memaklumkan dia sudah tiada lagi dalam perancangan.

Sementara itu, selain Khairul Fahmi, Melaka United turut menawarkan lanjutan kontrak kepada dua pemain iaitu pertahanan kanan Faris Shah Rosli dan sayap kanan S.Deevan Raj.

Sebelum ini, Presiden baru MUSA, Damien Yeo Shen Li memaklumkan bahawa kuasa penuh diberikan kepada Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan untuk menentukan barisan pemain yang akan menggalas cabaran pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia 2020.

Malah, menurutnya dalam satu sidang media minggu lalu pasukan akan beroperasi mengikut kemampuan dengan bajet terhad bagi mengelakkan masalah tunggakan gaji berulang.

Sasaran diletakkan adalah kekal di Liga Super dan layak ke Piala Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *