Ryutaro Megumi Tidak Sabar

Kelab bolasepak Felda United minggu lalu mengumumkan kemasukan pemain tengah dari Jepun, Ryutaro Megumi bagi mengisi kuota pemain import Asia dalam saingan Liga Malaysia musim 2020.

Megumi merupakan bekas pemain kelab Tampines Rovers yang berpengkalan di Singapura pada musim 2019. Megumi juga amat mengenali striker skuad The Fighters, Khairul Amri ketika bermain di kelab tersebut sebelum ini.

Malah, pemain yang berusia 26 tahun itu direkomen oleh Khairul Amri sendiri kepada pengendali Felda United, Nidzam Jamil untuk memperkuatkan jentera tengah pada musim depan.

“Selepas tamat kontrak bersama Tampines berakhir, saya sering terfikir untuk bermain dalam Liga Malaysia. Felda beri tawaran, dan saya berminat.

“Saya sangat teruja berada dalam pasukan ini, mereka mempunyai stadium yang cantik di Jengka. Rumput tiruan bukan masalah kerana saya sudah biasa bermain di atas rumput seperti itu di Singapura. Saya tidak sabar beraksi di hadapan ribuan penyokong di sana,” katanya dalam the star

Tampines Rovers merupakan kelab profesional pertama yang disertai oleh pemain yang berusia 26 tahun itu kerana sebelum berhijrah ke Singapura, beliau hanya beraksi bersama kelab semi pro, Tsukuba FC dalam liga divisyen 5 Jepun.

Sepanjang bersama Tampines sejak 2017, Megumi telah menjaringkan 21 gol dalam 48 penampilan. Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Kelayakan AFC Champions League dan AFC Cup.

“Saya pernah menen tang JDT dalam AFC Cup. Pasukan ini cukup kuat dan beraksi baik di peringkat asia. Saya di sini untuk membantu Felda mencapai pelbagai kejayaan dalam Liga malaysia,” jelasnya.

Selain Megumi, Felda United turut menandatangani 2 lagi pemain import baharu iaitu Momcilo Raspopovic dari Serbia untuk memperkvatkan benteng pertahanan dan bekas pemain import Negeri Sembilan, Nicholas Velez yang akan berganding bersama Khairul Amri di posisi sera ngan.