Perak FC Bukan Cakap Kosong

Pengambilan pemain import baharu oleh Perak FC bagi menghadapi baki Liga Super musim ini bukan omongan kosong kerana salah seorang daripada mereka, Charlie Machell sudah berada di Ipoh.

Perkara itu disahkan oleh ketua jurulatih Bos Gaurus, Chong Yee Fatt ketika ditanya mengenai perkembangan pasukan itu.

Machell sudah ada di Ipoh dan menyertai latihan yang dijalankan secara ‘Zoom setakat ini.Dia datang awal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini, kata Yee Fatt kepada Utusan Malaysia.

Menurut Yee Fatt, Marcell 26 yang berasal dari England kali terakhir mewakili kelab Kemboja, Visakha FC musim 2021.

Pemain tengah menyerang itu pernah mewakili kelab Singapura, New Hougang United FC sebelum ini.Yee Fatt menjangka empat pemain lagi akan tiba Malaysia minggu hadapan.

Mereka akan dikuarantin selama 14 hari sebelum boleh menyertai pasukan Perak, katanya yang enggan mendedahkan identiti mereka.

Katanya, lima pemain itu akan menggembling tenaga dengan Nana Poku, Leandro Dos Santos dan Careca serta penyrang pinjaman Sri Pahang FC, Sergio Aguero.

Kita akan berkongsi pemain dengan Perak II supaya kemampuan kedua-dua pasukan seimbang dalam baki kempen nanti, katanya. – UTUSAN