Penyokong Selangor FC Terpaksa Lupakan

Harapan untuk kembalikan aura Stadium Shah Alam dalam waktu terdekat nampaknya terpaksa dilupakan penyokong Selangor FC apabila venue keramat Gerga@i Merah mungkin mengambil masa lebih lama untuk disiapkan.Ini kerana kerja penambahbaikan yang sepatutnya dijalankan tahun lalu nampaknya masih lagi tergendala, sekali gus menyaksikan pasukan itu terpaksa melupakan venue berkenaan untuk musim ini.

Perkara terbabit disahkan Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman yang memaklumkan kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan masalah terbabit secepat mungkin.Beliau berkata, menerusi peruntukan kira-kira RM180 juta, stadium berkenaan akan melalui proses penambahbaikan seterusnya memerlukan masa untuk menyelesaikan kerja itu.

Kerajaan negeri dalam proses menyelesaikan masalah terbabit kerana kita tahu keadaan stadium itu dan perlu beri masa untuk selesaikannya. Pada tahun lalu, terdapat kekangan disebabkan perintah kawalan pergerakan namun kita beri jaminan akan selesaikan masalah stadium itu.

Malah, bukan saja Stadium Shah Alam akan dibaiki, Stadium Malawati dan Pusat Akuatik turut akan ditambah baik, katanya ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Makanan Tambahan Kepada Atlet dan Bekas Atlet Selangor 2020, semalam.

Terdahulu, tular di media sosial keadaan terkini stadium yang dibina pada 1990 itu dengan padang dan bumbung dilihat sudah r0sak, sekali gus menjejaskan imej venue yang pernah menjadi kebanggaan skuad kebangsaan.

Berikutan keadaan stadium dilihat tidak selamat itu menyebabkan Liga Bolasepak Malaysia  tidak membenarkan Selangor FC menjadikannya sebagai venue tuan rumah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. MBPJ sebagai venue tuan rumah sehingga Stadium Shah Alam boleh digunakan kelak.