Pemain pertama di panggil

Tonggak Kuala Lumpur, Irfan Zakaria, muncul pemain senior pertama yang dipanggil Datuk Ong Kim Swee untuk menjalani latihan bersama skuad B-22 negara dalam Sukan SEA Filipina, hujung bulan ini. 

Ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya, sebentar tadi, pemain berumur 24 tahun yang boleh beraksi di bahagian tengah dan pertahanan itu tidak menduga akan diberi peluang untuk kempen skuad negara di Manila kelak dengan berkata: Saya agak t3rkejut mendapat panggilan ini memandangkan ramai calon pemain senior yang boleh disenaraikan.

“Saya amat bersyukur diberi kepercayaan untuk membarisi skuad Sukan SEA.”

Irfan optimis Malaysia mampu membawa pulang ibu segala pingat itu sejak kali terakhir memenanginya pada 2011.

Peluang negara agak terbuka kerana memiliki barisan pemain muda yang bagus dan ada yang sedang memperkuatkan skuad senior.

“Kami boleh berikan t3ntangan yang baik,” katanya.

Skuad negara akan membuka kempen dengan membuat perhitungan dengan Myanmar pada 25 November sementara skuad wanita pula akan men3ntang tuan rumah, 29 November.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *