Pemain Naturalisasi Negara Perlu Kursus

Kuala Lumpur: Penganalisis sukan, Dr Pekan Ramli menyarankan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia agar menyediakan modul atau kursus kenegaraan dan jati diri buat pemain naturalisasi yang terpilih selepas ini.

Katanya, menerusi pendekatan terbabit, ia akan mampu menanamkan rasa kecintaan dan sayang kepada pasukan negara sekali gus secara tidak langsung memberi impak p0sitif setiap kali beraksi di atas padang.

Ujarnya lagi, program naturalisasi ini adalah sebagai satu kaedah terbaik dalam merapatkan jurang dengan kuasa-kuasa Asia yang lain.Selain membuat penilaian calon-calon pemain dari segi prestasi semasa dan usia yang sesuai, mereka hendaklah diwajibkan menyertai kursus kenegaraan dan jati diri sebagai satu cara untuk mereka menjiwai tugas dan tanggungjawab mereka, katanya.

Selain itu, beliau juga meminta peminat tempatan memberi ruang kepada FAM menentukan hala tuju prestasi skuad Ha@imau Malaya, termasuk meneruskan program naturalisasi bagi mencerahkan prospek Malaysia di pentas antarabangsa.

Jelasnya, program itu dilihat cukup praktikal berasaskan perkembangan dunia bola sepak terkini yang bersifat global.Seperti yang kita maklum, FAM memiliki pilihan terhad untuk menaturalisasikan pemain disebabkan syarat-syarat kelayakan Fifa agak ketat, termasuk seseorang calon perlu bermastautin selama lima tahun berturut-turut di sesebuah negara.

Saya percaya jika dilakukan dengan telus menerusi penilaian yang dibuat oleh sebuah jawatankuasa yang membabitkan pakar teknikal dan agensi kerajaan, projek ini boleh membawa hasil.

Yang penting, keputusan memberi kewarganegaraan kepada pemain tidak boleh diputuskan secara individu dalam FAM, katanya mengulas kritikan yang dilemparkan peminat susulan kegagalan skuad negara di Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu , baru-baru ini.

Di UAE, anak buah Tan Cheng Hoe menamatkan kedudukan Kumpulan G di tangga ketiga dan gagal meraih tiket ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.Begitupun, skuad negara berpeluang membuat penampilan di Piala Asia apabila dijadual beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia pada Februari tahun depan.