Pemain Kelahiran Kedah Bakal Sertai Melaka United

Bekas pemain tengah skuad Harimau Muda, Gary Steven Robbat semakin hampir untuk membuat penampilan semula dalam saingan Liga Super apabila dikhabarkan bakal menyertai Melaka United.Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Gary bakal dipinjamkan ke Melaka pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.

Kelibat pemain yang pernah berlatih bersama kelab Bundesliga, Borussia Dortmund itu jarang dilihat sejak beberapa musim kebelakangan ini kerana beliau bergelut dengan masalah kecedraan.Apabila cergas, Gary Steven Robbat lebih banyak beraksi bersama JDT II di saingan Liga Perdana dan sukar untuk tampil bersama skuad utama ekoran persaingan ketat yang dihadapi bagi merebut posisi tengah dalam kesebelasan utama.

Gary menjari sebahagian daripada pelan JDT yang mahu meminjamkan pemain-pemain ke beberapa buah kelab dalam saingan Liga Super.Pengarah Teknikal kelab, Alistair Edwards menyatakan empat kelab dipilih sebagai destinasi pemain iaitu Melaka United, Sri Pahang, Sabah dan juga UiTM.