Terlampau Yakin Dengan Kajian sendiri -Akhyar Rashid

SvMPAHAN Stadium Memorial Rizal terhadap skuad bola sepak negara seakan tidak pernah terpadam apabila mem0ri Sukan Sea 1991 kembali berulang di edisi 2019 selepas skuad bawah 22 (B-22) tahun negara tewas 0-1 di tangan Filipina, malam ini.

Kekalahan itu bukan saja mengimbau episod memalvkan buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee kali ini, malah ia menyukarkan lagi laluan pasukan ke separuh akhir apabila sekadar mengumpul satu mata dalam Kumpulan A.

Dalam aksi kedua bagi pasukan negara itu, Kim Swee melakukan dua pertukaran dalam kesebelasan utama apabila menggantikan striker s3nsasi B-18, Luqman Hakim Shamsudin dengan Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Pemain Pahang, R Dinesh pula mengambil tempat seorang lagi pemain B-18, Umar Hakeem Suhar Rezwan yang direhatkan selepas beraksi pada aksi pertama yang menyaksikan Malaysia terikat 1-1 dengan Myanmar Isnin lalu.

Tiada jalan lain buat skuad negara selain meraih tiga mata dalam perlawanan ini untuk menghidvpkan peluang ke peringkat seterusnya namun seperti diduga, Filipina yang menerima sorakan penyokong sendiri tampil cukup bersedia.

Tuan rumah yang tewas pada aksi terdahulu kepada Myanmar (1-2) dan seri bertemu Kemboja (1-1) jelas menguasai permainan dengan ketua pasukan Stephan Schrock mendatangkan banyak masalah kepada pertahanan negara.

Begitupun, skuad Junior Azkals hanya berjaya melakukan dua percubaan tepat menerusi r3mbatan jarak jauh Christian Rontini di minit ke-20 dan tandukan Chima Uzoka di penghujung babak pertama.

Malaysia yang cuba mengimbangi corak permainan pantas pasukan lawan memiliki peluang terbaik pada minit ke-22 menerusi s3pakan percuma Adam Norazlin yang tepat ke penjaga gol serta l3dakan leret Hadi Fayyadh Abd Razak minit ke-30 yang hanya melintasi gawang tuan rumah.

Menyedari kesukaran men3mbusi pertahanan Filipina, Kim Swee membawa masuk Luqman dan Umar di pertengahan babak kedua dengan mengeluarkan Nik Akir dan Dinesh.

Kemasukan dua pemain muda itu tidak banyak mengubah rentak pasukan sebaliknya Filipina berjaya merobek benteng negara menerusi sentuhan tonggak pertahanan Manuel Aguinaldo di minit ke-72.

Skuad negara cuba bangkit membvru gol penyamaan namun tuan rumah kebal bertahan sehingga wisel penamat buat memberi t@mparan hebat kepada Malaysia.

Pasukan negara tiada pilihan lain selepas ini apabila wajib mencatatkan kemenangan ke atas Timor Leste dan Kemboja sekiranya berhasrat untuk meneruskan perjuangan.