Lagenda Bolasepak TEMPELAK MELAKA UNITED

Lagenda bola sepak Melaka, Ramli Junit menganggap tindakan Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) melakukan kutipan derma di kalangan penyokong pasukan itu untuk melangsaikan tunggakan gaji pemain sebagai keterlaluan.

Menurut Ramli, walaupun ia bukan paksaan namun langkah itu tidak patut dilakukan apatah lagi dalam era b0la sepak profesional sekarang.

“Membayar gaji pemain adalah tanggungjawab persatuan bukannya penyokong. Apa pun masalah, mereka perlu berusaha menyelesaikannya sendiri, bukan mencari jalan mudah dengan mengheret penyokong.

“Kalau begitu apa peranan persatuan dan exco yang diberi amanah serta tanggungjawab? Kalau nak dibebankan kepada penyokong, lebih baik bvbarkan persatuan dan letak pasukan di bawah persatuan peny0kong.

“Lagi pun penyokong sudah memainkan peranan mereka dengan datang memberi sokongan di stadium. Mereka membayar harga tiket dan itulah svmbangan mereka. Janganlah dibebankan lagi dengan menyuruh mereka menderma untuk persatuan,” tempelak Ramli.

Bekas pemain yang pernah mewakili skuad Olimpik 1980 itu berkata, apa yang penting sekarang adalah Melaka United perlu bergerak agresif untuk ‘menjual’ jenama pasukan bagi memudahkan mereka mendapat tajaan.

“Dalam zaman teknologi sekarang, Melaka United boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mempromosi pasukan dan mendapatkan tajaan.Namun, sudah tentu prestasi di dalam padang amat penting untuk melonjakkan nama pasukan serta membuka mata penaja.

“Saya melihat, Melaka mempunyai ramuan yang cukup untuk menjadi pasukan hebat. Mereka memiliki pemain-pemain ‘berjenama’ seperti Safiq Rahim, Apek (Khairul Fahmi Che Mat), Razman Roslan dan beberapa nama besar untuk melonjakkan pasukan musim ini,” katanya.

Melaka berdepan isu tunggakan gaji beberapa pemain musim lalu, antaranya bekas kapten pasukan, Shukor Adan, menyebabkan presidennya, Damian Yeo melancarkan ‘c0wdfunding’ bagi tujuan mengutip derma di kalangan penyokong pasukan itu.

“Saya melancarkan kutipan derma untuk (kesinambungan) Melaka United dan silalah menderma ke akaun MBB Persatuan Bolasepak Melaka. RM1 boleh, RM10 boleh, RM50 atau RM100 pun boleh,” tulisnya di akaun Facebook peribadi dengan memberikan nombor akaun persatuan dan meletakkan tanda pagar ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’.

Rodly Fadly/ Foto: Melaka United