Khalid Jamlus: FAM Kenapa tangguh-tangguh lagi

Bekas penyrang kebangsaan Khalid Jamlus menasihatkan Persatuan Bolasepak Malaysia ( supaya tidak mengambil masa lama untuk membuat keputusan mengenai hasrat Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih pengurusan skuad kebangsaan.

Pemenang kasut emas penjaring terbanyak Liga Perdana Satu 2002 itu berpendapat Tunku Ismail adalah individu tepat untuk merubah wajah H@rimau Malaya dan FAM tiada sebab untuk ragu dengan beliau berdasarkan apa yang telah dikecapinya bersama Johor Darul Takzim.

Apabila ada orang yang nak baik pulih permainan bola sepak dan pasukan kebangsaan kita, kenapa nak tangguh-tangguh lagi? Semua orang tahu kebolehan yang dimiliki Tunku dari segi fasiliti, keupayaan, staf kejurulatihan sehinggalah kepada pemain.

Saya sendiri setuju dengan pengambilalihan pasukan kebangsaan dengan menjangkakan banyak pembaharuan akan dibuat oleh TMJ dalam pasukan H@rimau Malaya. Senang cerita, apa yang dibuat Tunku nanti akan membanggakan penyokong seluruh negara.Jadi, kenapa nak tunggu lagi nak kaji dan sebagainya. Bagi saya sebagai penyokong mengharapkan yang terbaik buat pasukan negara terutama untuk melihat persiapan rapi bagi menghadapi saingan getir kelayakan ketiga pada bulan dua nanti, katanya kepada Sukan Sinar.

Tunku Ismail sebelum ini menawarkan diri untuk diberi peranan menguruskan Harimau Malaya selepas tampil suram di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Beliau tidak menjanjikan kejayaan segera namun memberi jaminan akan ada peningkatan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kemudiannya menyambut baik hasrat Tunku Ismail namun menegaskan keputusan tidak boleh dibuat dengan segera sebaliknya perlu dibincangkan dan dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang ketetapan dapat dibuat.

Sama ada FAM memberi kuasa penuh kepada Tunku Ismail atau membina kerjasama dalam aspek tertentu seperti fasiliti latihan dan sebagainya, Khalid Jamlus berkata ia terpulang kepada kebijaksanaan badan induk itu.

Terpulang kepada FAM. Memang betul FAM sebelum ini berkuasa sepenuhnya ke atas H@rimau Malaya, tetapi perkara ini boleh dibincangkan. Tunku sudah menyatakan hasrat dan kenapa tidak ia diteruskan.Setiap orang ternantikan sebuah pasukan H@rimau Malaya yang cukup digeruni seperti era 70 dan 80-an. Mungkin inilah satu permulaan ke arah yang membanggakan, katanya.