Kembali Perkuatkan JDT

Juara Liga Super musim 2019, Johor Darul Ta’zim telah memulakan sesi latihan selepas berehat selama tiga minggu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Dalam sesi latihan yang berlangsung semalam, kelihatan abang kepada pemain Atletico Madrid, Saul Niguez iaitu Aaron Niguez kembali memperkuatkan kelab tersebut setelah dilepaskan pada awal musim ini.

Pada Februari lalu, pengurus JDT, Luciano Figueroa menjelaskan Aaron terpaksa dilepaskan meskipun baru sahaja menyertai pasukan kerana !su perubahan takt!kal.

Perkara ini nyata mengejutkan rata-rata peminat JDT ketika itu kerana Aaron menampilkan @ksi yang baik dan beliau berjaya menjaringkan gol pada perlawnan Piala Sumbangsih men3ntang pasukan Perak.