Kehadiran bekas jurulatih Kelantan gusarkan kem negara

KEHADIRAN bekas pengendali Kelantan, Velizar Popov selaku ketua jurulatih Myanmar bakal memberi anc@man terbesar buat skuad bawah 22 (B-22) tahun negara apabila turun pada aksi pembukaan Kumpulan A saingan Sukan Sea Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila, petang esok.

Menurut pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee, Popov yang pernah mengendalikan skuad The Red Warri0rs pada 2016 sudah semestinya masak dengan keupayaan beberapa tonggak negara dalam saingan tempatan.

Katanya, beliau mengharapkan anak buahnya dapat mempamerkan permainan positif dalam aksi pertama itu, sekali gus memungut tiga mata penuh bagi memulakan kempen dengan langkah kanan.

Sudah tentu kami mencari keputusan positif dalam aksi esok, namun kami tahu ia bukan mudah dan perlu bekerja keras untuk meraih kemenangan.

“Walaupun kami dianggap sebagai pasukan pilihan, ia bukan jaminan. Tidak kira pasukan mana kami hadapi dalam Kumpulan A ini kami perlu berikan yang terbaik sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya pada sidang media praperlawanan, hari ini.

Kim Swee yang tampil ke temasya dwitahunan itu buat kali kelima berturut-turut sejak 2011 di Indonesia mengakui pentas kali ini lebih menc@bar dan s3ngit.

Jelasnya, syarat pertandingan yang membolehkan dua pemain lebih umur disenaraikan pastinya berlainan daripada edisi dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

Menurutnya, ia bakal memberikan kekuatan tambahan kepada setiap pasukan selain percaya pasukan yang berada dalam Kumpulan A iaitu Myanmar, Timor Leste, Filipina dan Kemboja mempunyai perancangan sendiri untuk muncul sebagai dua pasukan terbaik dalam peringkat kumpulan.

“Ini kali pertama Sukan SEA membenarkan dua pemain lebih umur dalam pasukan dan ia bakal menjadi saingan berbeza untuk semua pasukan termasuk Malaysia.

“Bagaimanapun, kami akan fokus kepada permainan dan perlu konsisten bagi memastikan tempat ke peringkat seterusnya,” katanya.

Untuk rekod, Kim Swee pernah menghadiahkan pingat emas pada temasya 2011 dan pingat perak dua tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *