Kedah akan rebut

Pasti ramai peminat bolasepak Malaysia sudah mengetahui pemain mana yang akan menyertai Kedah bagi musim 2020 nanti selepas pengumuman dibuat oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tengahari tadi.

Melihat barisan pemain yang bakal menyertai Kedah seperti Kpah Sherman, Kipre Tchetche, Irfan Zakaria, Hadin Azman, Shahril Shaa’ri, Zulkhairi Zulkeply, Jafri Firdaus Chew dan Tam Sheang Tsung, pastinya ramai yang teruja terutamanya peminat Hijau Kuning.

Apa yang lebih menarik, Kedah nampaknya tidak akan berhenti setakat itu. Masih ada beberapa kekosongan yang akan diisi termasuk kuota pemain import Asia. Menurut pengumuman yang dilakukan, ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak sedang meneliti beberapa pemain yang dirasakan sesuai sebelum mencadangkan mereka kepada KFA.

Di bawah kendalian Aidil musim ini, Kedah benar-benar telah menunjukkan prestasi yang cukup bagus. Menamatkan saingan di tempat keempat, berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan yang paling utama, merangkul Piala FA yang membawa mereka ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2020.

Sudah tentu Kedah tidak mahu sekadar menjadi pasukan yang beraksi di pusingan kelayakan dan mahu ke peringkat kumpulan bersama Johor Darul Ta’azim. Kehadiran pemain-pemain baru ini dan pemain sedia ada menampakkan skuad Lang Merah sedang menambah pemain untuk memastikan mempunyai pasukan yang cukup besar bagi beraksi dalam empat kejohanan.

Musim lalu, kec3deraan pemain-pemain utama membuatkan Kedah terpaksa berhe3mpas pulas. Antaranya adalah ketika perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia apabila Renan Alves tidak dapat diturunkan. Dengan kehadiran pemain seperti Irfan Zakaria dan Zulkhairy Zulkeply, mereka mempunyai tenaga tambahan di bahagian pertahanan. Shahril yang beraksi sebagai penjaga gol pula akan memberikan saingan kepada Ifwat Akmal. Hadin, seperti yang telah ditunjukkan, merupakan pemain sayap yang cukup hebat di Liga Super. Pasukan lawan pasti akan merasa lebih takvt dengan bahagian s3rangan Kedah musim hadapan apabila melihat Hadin dan kelibat ‘dua K’, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman.

Mungkinkah musim depan kita akan akhirnya melihat Johor Darul Ta’azim (JDT) mempunyai penc@bar untuk merebut Liga Super? Jika Aidil mampu membentuk persefahaman di antara pemain lama dan baru secepat mungkin, kita bakal menyaksikan per3butan takhta Liga Super yang cukup menarik pada musim hadapan. Setakat ini, kelebihan JDT bukan semata-mata bergantung kepada barisan pemain hebat, tetapi juga persefahaman di antara pemain-pemain itu. Lihat sahaja bagaimana trio Safawi-Diogo-Cabrera menghancvrkan pertahanan lawan, Hariss Harun dan Afiq Fazail melindungi pertahanan dan empat pemain pertahanan yang tahu tugas masing-masing. Jika Kedah mampu mendapatkan persefahaman seperti itu, barulah mereka mampu cuba meng3jutkan JDT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *