Ifedayo,Bergson Berebut Gelaran

Penyrang Selangor, Ifedayo Olusegun akhirnya berjaya menunjukkan taring sebenarnya ketika aksi menentang Perak tempoh hari dengan mencatat hatrik pertamanya musim ini.Penyrang import dari Nigeria itu merupakan penjaring terbanyak Liga Super pada musim lepas dengan merekodkan 12 gol walaupun saingan dipendekkan kepada 11 perlawanan sahaja.

Namun kehadiran penyrang baharu Johor Darul Ta’zim , Bergson da Silva nampaknya menjadikan persaingan perebutan kasut emas pada musim ini semakin menarik memandangkan pemain import dari Brazil itu telah pun menjaringkan lapan gol.Namun Ifedayo menganggap kehadiran Bergson sebagai sesuatu yang p0sitif agar dia boleh mempertingkatkan lagi prestasinya bersama Selangor selain lebih bermotivasi bagi mempertahankan gelaran yang dimenanginya, musim lalu.

Beliau menghormati kemampuan penyrang berusia 30 tahun berkenaan dan tidak melihat kehadiran Bergson sebagai ancaman malah ia menjadikan saingan Liga Malaysia semakin kompetitif.Bagi Ifedayo, berdasarkan pengalamannya melihat aksi Bergson ketika turun menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada 17 Mac lalu, beliau mengakui kualiti penyrang yang dipinjamkan dari kelab Fortaleza itu antara terbaik pernah disaksikan.

Selain Bergson, beliau turut menamakan penyrang Kedah, Kpah Sherman yang telah menjaringkan lima gol antara calon bergelar penjaring terbanyak Liga Super, musim ini.Selepas pernah berdepan dengan Bergson dalam perlawanan lalu, dia memang seorang pemain yang bagus dan berkualiti, memang antara penyrang luar biasa selain Sherman di Kedah, ujar Ifedayo kepada Media MFL.

Dia sudah melakukan tugasan yang cemerlang bersama pasukannya dengan membantu pasukan dan pujian kepadanya kerana melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang penyrang.Jika kita mahu memenangi sesuatu, tiada jalan mudah sebenarnya dan saya lebih sukakan situasi sebegini kerana akan menuntut saya bekerja ker@s apabila menyedari ada seseorang yang berada di tahap lebih baik buat masa sekarang.

Bagi Ifedayo, menjadi tanggungjawabnya sebagai pemain untuk memberikan yang terbaik untuk pasukannya dalam setiap perlawanan bagi mendapatkan lebih banyak jaringan sehingga aksi terakhir.Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai pertah@nkan gelaran penjaring terbanyak kerana apa yang jadi sasaran saya ialah secara purata mahu mendapatkan satu gol dalam tiap perlawanan yang dilalui selain membantu Selangor meraih kemenangan,ujarnya lagi.

Ifedayo kini telah mengumpul lima gol dan sekaligus menjawab kritikan dan pertikaian dalam kalangan penyokong Selangor apabila beliau sebelum ini sekadar menjaringkan dua gol dalam tujuh perlawanan.Dalam pada itu, Ifedayo akui Selangor sudah mula menemui prestasi yang konsisten selepas permulaan yang tidak menentu dalam beberapa perlawanan awal Liga Super.

Kami semakin baik dari perlawanan ke tiap perlawanan dan kemenangan bertemu Perak menandakan yang pasukan ini berada di satu tahap lebih baik ketika tew@s kepada Kedah.Saya rasakan perubahan yang semakin p0sitif dalam Selangor kerana keserasian sesama kami tampak kian meningkat, cuma keputusan yang merupakan aspek paling penting buat masa ini.Pasukan ini mempunyai ramai pemain baharu, begitu juga pemain muda selain sistem yang berbeza berbanding musim lalu, jadi semua perkara ini akan mengambil sedikit masa sebelum sesuatu yang hebat mampu berlaku.