Ego JDT Direntap Nagoya

Johor Darul Ta’zim(JDT) tidak perlu kecewa dengan kegagalan melakar kemenangan selepas tewas tipis 0-1 kepada Nagoya Grampus pada aksi Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia¬† di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Gol kontroversi dihasilkan Hiroyuki Abe mencetus persoalan selepas barisan pemain JDT menyangka Ryogo Yamasaki berada di posisi ofsaid apabila bertindak memperlahankan perlawanan namun pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohamed Abdulla Hassan mengesahkan jaringan itu.

Lebih malang gol penyamaan Bergson Da Silva pada minit akhir perlawanan tidak dikira dan misi skuad Harimau Selatan sekurang-kurang meraih satu mata tidak kesampaian.Nagoya Grampus yang kembali bersaing dalam kancah ACL selepas kali terakhir membuat penampilan pada musim 2012 tampak bermula garang apabila kerap menguasai perlawanan pada 20 minit babak pertama.

Pasukan itu bermula dengan bergerak di posisi tengah dan mengembang ke sayap kiri dan kanan menyaksikan gandingan benteng JDT, Shane Lowry dan Mauricio dos Santos terpaksa bekerja lebih untuk mengekang gerakan lawan.

Biarpun sering diasak, barisan pemain Benjamin Mora yang musim ketiga berturut-turut beraksi dalam kancah ACL tampak mampu menyaingi kehebatan kelab dari Jepun itu apabila berani mencuri bola daripada pemain skuad kendalian Massimo Ficcadenti.

Malah ser@ngan balas Bergson Da Silva yang secara solo menyer@ng ke kubu lawan pada minit ke-37 hampir memerangkap Nagoya Grampus selepas merembat bola kencang dari jarak 35 meter tatkala penjaga gol, Mitchell Langerak sudah tertewas namum hanya sipi dari gawang gol.

Ubi muda JDT, Ariff Aiman Hanafi yang pertama kali beraksi di pentas ACL tidak mengecewakan pada aksi babak pertama apabila menguji Langerak pada minit ke-42 dengan bertindak merembat kencang selepas bijak memperdaya Yasuki Kimoto.

Bersambung babak kedua, barisan pemain Ficcadenti terus memberi tekanan dalam usaha memburu gol namun ketenangan dipamerkan barisan tengah yang diterajui Natxo Insa bertindak mematikan gerakan pemain lawan lebih awal.

Namun skuad Harimau Selatan dikejutkan dengan jaringan Abe pada minit ke-60 menerusi bola umpanan Yamasaki yang dikatakan berada dalam keadaan ofsaid, walaupun cuba dibantah pemain JDT namun jaringan 1-0 kelab dari Jepun itu kekal.

Mora bertindak melakukan rombakan di posisi tengah dan sayap apabila memasukkan Safiq Rahim, Ramadhan Saifullah dan Akhyar Rashid dan mengeluarkan Safawi Rasid, Ariff Aiman dan Afiq Fazail untuk menguatkan jentera ser@ngan.

Minit akhir perlawanan, Bergson berjaya menyamakan jaringan menerusi bola tandukan selepas menerima umpanan pemain gantian Matthew Davies namun Mohamed Abdulla membatalkan gol itu selepas mendakwa pemain import Brazil itu mengasari pertahanan Nagoya Grampus.

Sementara itu, dalam aksi kumpulan yang sama, FC Pohang Steelers tidak berdepan masalah untuk menjinakkan kelab dari Thailand, Ratchaburi FC 2-0 sekali gus berada di tangga teratas kumpulan.

Kelab dari Korea Selatan itu membuka tirai jaringan pada minit ke-11 selepas Borys Taschy menanduk bola menewaskan Kampol Pathomakkakul berpunca daripada sepakan lintang Manuel Palacios berbaki sembilan minit.Ia ditamatkan dengan sepakan lencong Lim Sang-hyub yang tepat ke penjuru kiri gawang gol menewaskan Kampol dan kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.