Dollah Pening Fikir Tentang Sri Pahang

Pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh mengakui krisis keyakinan barisan pemainnya semakin meruncing selepas menyaksikan pasukannya mengalami satu lagi kekal@han, kali ini di tangan Kuala Lumpur City.Kuala Lumpur City bimbingan Bojan Hodak melakar kemenangan 2-1 menerusi jaringan Paolo Josue dan Daniel Ting tatkala jaringan lewat permainan Herold Goulon sekadar saguhati untuk Sri Pahang yang tewas kali ketiga berturut-turut dan kali kelima dalam kempen Liga Super 2021.

Rentetan keputusan burvk ini pastinya sekadar menguatkan lagi kebimbangan Dollah Salleh terhadap potensi Sri Pahang ters!ngkir ke Liga Premier dan dia semakin pening mencari jalan memulihkan keyakinan serta keyakinan dalam kalangan pemain.

Kelemahan kita terlalu menghormati pasukan lawan, keyakinan itu tiada dalam pasukan. Separuh masa pertama sambil lewa, saya dah cakap banyak kali lawan team berpengalaman tak boleh slow, kena pantas, itu punca KL City ambil kesempatan.Separuh masa kedua baru nampak banyak peningkatan khasnya dalam 15 minit terakhir, baru nampak kita nak serang dan sebagainya, tetapi kita tidak dapat menyudahkan peluang tersebut, ujar bekas jurulatih kebangsaan itu yang sekali lagi menekankan keperluan mencari penyrang baru.

Dollah Salleh membuat keputusan berani untuk merehatkan kedua-dua penyrang import Pedro Henrique dan Yevhen Bokhashvili dari kesebelasan utama, sebaliknya menurunkan Hafiz Ramdan dan Nur Izzat Che Awang bergandingan di barisan depan.

Bila saya masukkan dua penyrang itu Pedro dan Yevhen di separuh masa kedua, peningkatan ada sedikit tapi puncanya adalah Herold Goulon, dia membantu bahagian ser@ngan sebab tu nampak ada beza.Tetapi saya akui Sri Pahang sejak saya ambil alih memang tak dapat lagi tunjukkan apa yang saya mahu, tak nampak lagi, masih tercari-cari rentak, kata Dollah Salleh selepas perlawanan.

Kalau dilihat pada rekod terdahulu, satu kemenangan dan dua seri dalam lapan perlawanan pertama adalah rekod terburuk Sri Pahang sejak mereka beraksi di Liga Super.

Satu-satunya kemenangan mereka musim ini adalah menentang Sabah FC manakala dua keputusan seri dicatat ketika menentang Melaka United dan Terengganu FC.Ia jelas bukan sesuatu yang bagus menjelang pertemuan seterusnya menentang Johor Darul Takzim yang sedang berada di kemuncak prestasi.