Diarahkan Mengadap TMJ Segera

Baru-baru ini terdapat isu yang tular di Twitter di mana SMK Dato’ Bentara Luar mengasingkan sukan mengikut kaum, pengetua sekolah tersebut memohon maaf dan menghadap Tunku Mahkota Johor.Isu ini bermula apabila seorang pengguna akaun Twitter telah mempersoalkan tindakan sekolah tersebut yang mengasingkan sukan mengikut kaum.

Bukan sahaja warganet, malah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican juga menyelar tindakan tidak wajar sekolah di Batu Pahat ini.

Dapatkan katil dan banglo kucing eksklusif untuk kucing anda di Lakardanreka.


Sejurus penularan insiden tersebut, pihak sekolah itu telah meminda senarai tersebut dan dikemukakan kepada Group WhatsApp ibu bapa pada hari yang sama.

Selain itu, satu surat permohonan maaf daripada pihak sekolah telah dikongsi di akaun sosial Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mengikut surat tersebut, Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar, Abdul Razak Hamid menyatakan bahawa pihaknya terlepas pandang isu perkauman dalam maklumat kegiatan kokurikum Tingkatan 1 itu.

Jumpa esok. kapsyen yang ditulis oleh Tunku Ismail yang dimuatnaikkan bersama surat permohonan maaf tersebut.Kapsyen itu merujuk kepada penghadapan yang dilakukan oleh Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar, Timbalan Pengarah JPN dan Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat pada hari ini.

Sekolah adalah tempat untuk memupuk semangat perpaduan antara rakyat Johor, bukan untuk memecahbelahkan masyarakat kita,” titah Tunku Ismail dalam Facebook baginda.

Baginda turut bertitah bahawa perkara sebegini tidak patut berlaku lagi dimana-mana sekolah di negeri Johor untuk mengekalkan kesejahteraan awam dan perpaduan rakyat.

Tindakan ini tidak selaras dengan Bangsa Johor yang memupuk perpaduan antara kaum di bawah satu identiti untuk semua rakyat Johor, titah Tunku Mahkota itu.