Banyak ‘Kajian’ selepas atasi Timor Leste

Di sebalik kemenangan skuad bawah 22 (B-22) negara yang men3waskan Timor Leste 4-0, malam ini, masih banyak ‘kerja rumah’ perlu dilakukan jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

Tidak dinafikan kemenangan ke atas Timor Leste cukup penting untuk menghidupkan peluang anak buah Kim Swee kekal bersaing merebut satu lagi tempat dalam Kumpulan A bagi mara ke separuh akhir.

Myanmar sudah meng3sahkan tempat ke separuh akhir selepas mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan termasuk tiga mata diraih ketika men3waskan Kemboja 2-1 dalam satu lagi perlawanan malam ini.

Justeru, @ksi terakhir kumpulan menentang Kemboja, Rabu ini dianggap misi hidup mat! memerlukan anak buah Kim Swee memerah keringat dua kali ganda.

Jika permainan sama ditunjukkan sekali lagi seperti malam ini, ia pasti sukar buat pasukan negara ketika Kemboja turut memburu slot ke separuh akhir dan memilki permainan lebih baik berbanding Timor Leste.

Melihat kepada @ksi pemain di atas padang, ia menggambarkan seolah-olah tiada keserasian antara mereka dengan banyak g3rakan-g3rakan dicipta hanya ‘sekerat jalan’.

Kesilapan ini tidak boleh diulangi pada pertemuan dengan Kemboja jika tidak mahu perjvangan skuad negara terhenti di peringkat kumpulan.

Terdahulu, pesta gol Malaysia di Stadium Rizal Memorial bermula apabila pemain Timor Leste, Armindo Almeida menjaringkan gol sendiri minit kelima.

Penyerang tinggi lampai, Hadi Fayyadh Abdul Razak mengotakan janjinya untuk menjaringkan gol dalam perlawanan itu apabila mel3dak dua gol pada minit ke-34 dan 44 sebelum pemain gantian, Akhyar Rashid menjaringkan gol keempat pasukan pada minit ke-81.

Ini adalah kemenangan pertama direkodkan anak buah Kim Swee pada saingan Sukan SEA kali ini selepas seri 1-1 dengan Myanmar pada aksi pembukaan dan t3was 0-1 di tangan Filipina.