Ketika menantikan lamaran Kuala Lumpur, Safee Sali, belum bersedia untuk mengumumkan persaraaan sekali pun tidak mendapat tempat dalam mana-mana pasukan musim depan.

Status Safee jadi tanda tanya selepas kontraknya bersama PJ City tidak dilanjutkan dan kini bekas penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu dikaitkan untuk menyertai Kuala Lumpur musim depan.

Begitupun, belum ada sebarang pengesahan mengenai kedudukannya bersama The City Boys ketika khidmatnya dikatakan turut diintai Sabah. Sebelum Ini Safee Sali Pernah Beraksi Bersama Kuala Lumpur FA.

Apa yang dengar memang dalam perancangan namun buat masa ini masih lagi menunggu keputusan mereka untuk melakukan perbincangan, kata Safee.

Perpindahan Safee ke Kuala Lumpur bakal menyaksikan skuad warga kota mempunyai lambakan pemain veteran.

Ini selepas mereka sudah memiliki Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin dan ini penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur, Stanley Bernard kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Kami sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa pemain namun statistik yang dimiliki Safee membuatkan dia turut tersenarai, katanya.