Yusri tak mahu dengar alasan

Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah tidak mahu pemain menjadikan aksi pada sebelah petang sebagai alasan untuk pasukannya tidak mengutip mata di tempat lawan.Katanya, skuad The Red Warri0rs yang akan berkunjung ke Stadium Selayang untuk berdepan UKM FC petang esok, tidak boleh hilang tumpuan berikutan situasi ‘luar biasa’ ketika beraksi pada waktu petang yang boleh membawa kepada kekal@han.

Yusri berkata isu waktu permainan tidak boleh menjadi faktor utama kepada keputusan yang akan diperoleh berdepan skuad bimbingan Sulaiman Hussin itu.Keputusan amat bergantung kepada sikap pemain sendiri. Pemain sendiri perlu merencanakan corak permainan bermutu untuk memperoleh keputusan yang p0sitif, katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Yusri mengingatkan para pemain supaya tidak memandang rendah terhadap pasukan UKM FC kerana pasukan berstatus kelab itu telah membuktikan peningkatan yang baik dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).Pada perlawnan pembukaan liga, UKM FC menunjukkan prestasi yang baik sehingga mampu memperoleh tiga mata. Saya melihat pasukan itu bukan mudah untuk ditew@skan, katanya.Yusri berkata anak buahnya perlu bijak mengatur gerakan dalam tempoh 90 minit perlawnan yang disifatkan agak sukar apabila beraksi di tempat law@n.

Kurangkan melakukan t!ndakan yang memberikan kesan tidak baik kepada pasukan, manfaatkan peluang yang ada dan cuba sedaya upaya mempertah@nkan gawang daripada dibol0si dengan mudah,” katanya.Pada perlawnan pembukaan Sabtu lepas, Kelantan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan pasukan Kuala Lumpur apabila mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Sultan Muhammad lV.

sumber:BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *