Yusri Lega Import Baharu Kelantan Mula Serasi

Pengendali pasukan Kelantan, Yusri Che Lah mengatakan yang beliau kini berasa lega dengan pasangan pemain import yang dimiliki beliau mula menunjukkan keserasian bermain bersama.

“Sebenarnya sepanjang perlawanan ini saya risau memikirkan keserasian antara pemain tempatan dan import. Ini kali pertama mereka diturunkan bersama dalam kesebelasan utama.”

“Namun selepas melihat persembahan mereka di separuh masa kedua, saya berasa agak lega.”

“Saya tidak mahu menilai pemain import berdasarkan persembahan di separuh masa pertama kerana banyak juga kesilapan serta permainan neg@tif ditunjukkan daripada kita sendiri.”

“Saya harap pada perlawanan akan datang, pemain import akan mendapat lebih masa dan dapat cari keserasian dengan pemain tempatan.”