Yusri kata okay, maka kami akan bersetuju

Bekas penye rang Selangor, Amri Yahya kemungkinan akan menyarung jersi Kelantan dalam saingan Liga Premier musim 2020 selepas pengurus pasukan itu, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari mengesahkan pihaknya ada berunding untuk membawa masuk pemain tersebut.

Menurut kenyataannya dalam Sinar Harian, Persatuan BolaSepak Kelantan (KAFA) menyerahkan kepada ketua jurulatih, Yusri Che Lah untuk membuat keputusan sama ada ingin mengambil Amri beraksi memperkuatkan jentera sera ngan skuad The Red Warriors.

“Baru-baru ini, ada ejen kepada Amri datang untuk berunding tetapi perbincangan itu tiada kata putus. Kita serah kepada Yusri sama ada beliau mahu atau tidak mengambil Amri.

“Apa yang boleh saya katakan, di pihak pengurusan kita bagi sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih untuk membuat keputusan,” katanya.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan beliau akan menyarung jersi Perak namun belum ada pengesahan rasmi sehingga kini.Amri memutuskan untuk meninggalkan Selangor buat kali kedua kerana enggan menandatangani kontrak lanjutan bersama Persatuan BolaSepak Selangor (FAS).

Faktor utama bekas pemain Johor Darul Ta’zim dan Melaka United itu meninggalkan gergasi merah kerana dipercayai mempunyai konflik bersama pengendali pasukan, B.Satiananthan.

Selain itu, Amri turut memberi bayangan pasukan yang akan disertai beliau pada musim hadapan akan menjadi lawn yang sukar untuk Selangor dan beliau akan memastikan bekas pasukannya itu tidak akan meraih kemenangan ketika berdepan pasukan barunya.Mengulas mengenai persiapan pasukan Kelantan, Wan Rakemi berkata pihaknya dalam proses menilai beberapa pemain import yang akan tiba untuk diuji sebelum menandatangani pemain yang layak.

“Ada beberapa pemain import yang datang untuk trial bersama kita. Dalam dua atau tiga hari lagi ada dua import yang akan sampai dan jika Yusri kata okay, maka kami akan bersetuju dengan import itu.

“Apa sekalipun, saya percaya kami akan dapat menyiapkan pasukan dengan barisan pemain yang bagus sebelum liga bermula dan memberikan tentangan dalam saingan liga nanti,” ujarnya.