Yakin Boleh Taji Kemboja

Jurulatih skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan kemenangan 4-0 ke atas Timor Leste, malam tadi meningkatkan lagi tahap keyakinan anak buahnya menjelang aksi terakhir Kumpulan A bertemu Kemboja, Rabu ini.

“Ia kemenangan yang baik dan sekurang-kurangnya memberi svntikan kepada kami untuk menghadapi @ksi seterusnya men3ntang Kemboja.

“Saya percaya perlawanan dengan Kemboja tidak mudah. Mereka bermain dengan baik men3ntang Filipina (seri 1-1) dan menang ke atas Timor Leste (5-0).

“Walaupun mereka tewas kepada Myanmar (1-2) namun mereka tetap ada peluang sekiranya berjaya men3waskan kami. Jadi, kami perlu gunakan pendekatan berbeza bertemu mereka,” kata Kim Swee ketika sidang media selepas tamat perlawanan.

Dengan Myanmar sudah mengesahkan slot ke separuh akhir Sukan SEA 2019 selaku juara Kumpulan A apabila mengumpul 10 mata, saingan membvrv satu lagi tempat kini membabitkan persa!ngan tiga penjuru antara Malaysia, Filipina dan Kemboja.

Ketiga-tiga pasukan kini berkongsi empat mata dengan aksi terakhir bakal menentukan pasukan mana bakal meng!ringi Myanmar ke kelompok empat terbaik.

Filipina akan berdepan Timor Leste yang turut berlangsung Rabu ini.

Kim Swee mengakui lega apabila anak buahnya tidak dib0l0si gol dalam perlawanan dengan Timor Leste di Stadium Rizal Memorial itu biarpun lawan mempunyai banyak peluang menjaringkan gol.

“Kami tahu yang kita perlu menjaringkan banyak gol dalam perlawanan ini, jadi kami terpaksa mengambil ris!ko dengan tidak ramai pemain di bahagian pert@hanan yang mana pastinya membuka ruang buat Timor Leste.

“Namun, kami cukup bertuah mereka gagal menyempurnakan peluang yang ada untuk menjaringkan gol. Saya agak bimbang sekiranya kami dib0l0si kerana ia pasti akan mempengaruhi jumlah perbezaan gol,” katanya.