Wenger di risik kelab jerman

BERLIN: Arsene Wenger dilaporkan sedang berbincang dengan Bayern Munich untuk menjadi ketua jurulatih baharu kelab itu ketika Ralf Rangnick, seorang lagi calon berpotensi berkata dia tidak berminat.

Wenger, 70, memberikan jawapan mengelak apabila penyiar beIn Sports bertanya kepadanya mengenai kemungkinan bertugas di Bayern, yang mem3cat Niko Kovac Ahad lalu selepas tewas 5-1 di tangan Eintracht Frankfurt.

Menurut laporan akhbar harian Jerman, Bild perbincangan berlangsung antara Wenger dan Bayern dengan pengerusinya, Karl-Heinz Rummenigge mengetuai pasukan mencari pengganti Kovac.

Wenger, yang fasih berturut bahasa Jerman, melatih Arsenal dari Oktober 1996 hingga Mei 2018 dan berkata dia merindui sebahagian aspek kejurulatihan.

Ketika Wenger gembira tidak terbabit dalam bola sepak sejak setahun lalu, kepuasan memenangi perlawanan dan menyediakan pemain “sudah tentu sesuatu yang anda rindui,” kata pengendali dari Perancis itu.

Sementara itu Rangnick, yang kini ketua bahagian sukan dan pembangunan di Red Bull dan bekas pengarah sukan di Bundesliga bersama RB Leipzig, dilaporkan menjadi nama besar terbaharu dikaitkan dengan Bayern.

“Ralf tidak mahu. Kami tidak percaya kenapa Ralf Rangnick dikaitkan dan dicari Bayern,” kata pengurus Rangnick, Marc Kosicke kepada Bild.

“Kerana itu tidak masuk akal untuk mengadakan perbincangan lanjut.” – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *