Wan Kuzri Mula Tunjuk Skill

SELEPAS diku@rantin selama 14 hari, pengendali skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Brad Maloney bersedia menguji keupayaan sebenar pemain berpangkalan di Amerika Syarilkat, Wan Kuzri Wan Kamal dalam sesi latihan petang esok.

Kuzri yang dikuar@ntin bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dijangka menyertai latihan buat pertama kali esok bersama 34 pemain lain yang sudah memulakan latihan sejak minggu lalu.

Jelas Maloney, beliau sudah tidak sabar melihat aksi sebenar tonggak tengah Akademi Bolasepak St Louis di Amerika Syarikat itu yang juga adik kepada Wan Kuzain yang turut pernah menjalani latihan bersama skuad Sukan Sea 2019 penghujung tahun lalu.

Kuzri dijangka melaporkan diri Rabu (esok) selepas tamat tempoh kuarantin. Kami tidak sabar menyaksikan dia beraksi bersama pasukan dan kembali berlatih selepas dikuar@ntin selama 14 hari.

“Saya berasakan Kuzri akan ber@ksi dengan cemerlang. Saya melihat di luar kaw@lan namun saya telah berhubung dengan Kuzri dari semasa ke semasa bagi mengetahui perkembangan tahap kecerg@san dan dia juga mengikuti program yang telah ditetapkan bagi memastikan dia dapat terus memasuki pasukan untuk ber@ksi nanti,” katanya.

Mengulas mengenai peluang 35 pemain yang dipanggil kali ini, beliau mengakui kesemua pemain perlu bekerja ker@s untuk kekal disenaraikan dalam fasa kedua latihan di mana beberapa tonggak seperti Luqman Hakim Shamsudin, ketua pasukan Firdaus Irman Mohd Fadhil, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Harith Haiqal Adam Afkar, Mukhairi Ajmal Mahadi dan lain-lain.

Ia termasuk Kuzri serta pemain yang beraksi di luar negara seperti Zachry Raiff Ghazie Yeoh (Brooke House College Football Academy, di Britain) dan Muhammad Adam Nadzmi Zamri (Bisp Cruzeiro Football Academy, di Brazil).