Visa – Dalam Gerimis

Ini adalah album kedua kumpulan yang berasal dari Terengganu ini selepas meledaknya lagu ‘Untukmu Selamanya’ yang dipetik dari album pertama mereka pada tahun 1993.

Diterbitkan oleh Allahyarham Datuk Sri Wirama Adnan Abu Hassan, album ini menampilkan sisi lain kumpulan yang dianggotai oleh Sham, Joe, Kudin, Imm dan Mazli.

Menerusi album ini Adnan cuba mencipta kelainan dengan memasukkan elemen orkestra dalam susunan muzik beberapa buah lagu dalam album ini termasuk lagu hits ‘Dalam Gerimis’. Walaupun konsep ini bukan baru ketika itu, namun berlainan dengan album rock lain.

Kelainan ini ternyata diterima ramai walaupun ketika itu Adnan hanya menggunakan programming untuk orkestra. Bayangkan jika ketika itu digunakan ‘live’ orkestra sepertimana yang dilakukan oleh beberapa kumpulan dari Indonesia kini, sudah tentu ianya ternyata lebih ‘advance’ atau lebih ke depan.

Secara peribadi aku lebih menyukai lagu ‘Titis Tak Bernoktah’, ‘Kita Di Majlis Ilmu’ dan ‘Mainan Perasaan’ berbanding lagu hits ‘Dalam Gerimis’.

Mungkin kerana mendengarnya lebih awal sebelum ianya diperdengarkan kepada umum, membuatkan aku ‘kureng’ sikit bila lagu ini mula ‘meletup’. Tapi bukan melalui muat turun atau youtube kerana pada tahun 1994 semua itu belum wujud. Malah kita semua tak pernah kenal lagi apa itu google atau yahoo ☺

Lagu-lagu rock rancak pula sebenarnya bukanlah ‘jiwa’ aku tapi untuk album ini menyukai lagu-lagu seperti ‘Kota Zero’ dan ‘Jerat Lalang’ selain ‘Putaran Masa’ dan ‘Tragedi Setitik Nila’ yang begitu kuat elemen pop nya. Malah pada aku lagu ‘Putaran Masa’ sinonim dengan lagu ‘Suatu Masa (2020)’ yang dipetik dari album pertama mereka.

Manakala lagu ‘Foreign Land’ atau versi Bahasa Malaysia ‘Kembara’ boleh dikatakan berkonsepkan ‘pop’ sepenuhnya juga merupakan antara ‘favourite song’ aku ketika itu. Walaupun banyak album rock yang aku ada, namun tak semua aku mampu dengar dari track 1 ke 10 tanpa skip. Tapi album ini merupakan antara album kumpulan rock yang aku dengar tanpa skip.

Menerusi album ini juga lagu ‘Dalam Gerimis’ terpilih ke separuh akhir Muzik Muzik 1994 kategori Balada namun tidak berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke 8.

Album ini juga terjual melebihi 80,000 unit yang ketika itu adalah pencapaian yang agak membanggakan bagi sebuah album kumpulan rock.

Senarai lagu dalam album ini:-

1. Dalam Gerimis (Adnan Abu Hassan/Amran Omar)
2. Tragedi Setitik Nila (Mohalim/Amran Omar)
3. Titis Tak Bernoktah (Joe/Tapai)
4. Kota ‘Zero’ (Haron BPR/Tapai)
5. Kita Di Majlis Ilmu (Asmin Mudin)
6. Foreign Land (AK Khair)
7. Jerat Lalang (Joe/Tapai)
8. Mainan Perasaan (Joe/Shahnaz)
9. Putaran Masa (Joe/Imm)
10. Kota Oh Kota (Joe/Imm)
11. Kembara (AK Khair/Amran Omar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *