Video Luqman Hakim Buat Peminat Bangga

Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin secara rasmi sah menjadi milik kelab dari Belgium, KV Kortrijk selepas beliau menandatangani kontrak profesional selama 5 tahun sebentar tadi.

Majlis menandatangani kontrak itu diadakan di Berjaya Times Square dan turut dihadiri oleh pemilik kelab KV Kortrijk iaitu Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan serta duta besar Belgium di Malaysia iaitu Pascal Grégoire sebagai tetamu kehormat.

Ini adalah sejarah baharu dalam bola sepak tempatan kerana Luqman merupakan produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang pertama mendapat tempat beraksi di eropah.

Malah, video rasmi KV Kortrijk mengenai pengenalan Luqman sebagai pemain baharu kelab itu turut mencur! tumpuan dan membangkitkan rasa bangga dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Bukan selalu ada kelab eropah yang buat video untuk anak muda kita. Semoga berjaya Luqman, komen seorang peminat bernama Muzakkir Zuki.Lebih menarik, Luqman turut tampil dalam video tersebut dan berucap dalam bahasa Belanda serta loghat kelantan. Namun, terdapat juga cadangan dan kr!tikan daripada peminat mengenai kualiti video tersebut.

Selain itu, bekas pengendali Har!mau Malaya, Datuk Rajagobal turut melahirkan rasa bangga dan berharap dapat menonton aksi Luqman bersama kelab itu dalam masa terdekat.

Ini berita baik untuk bakat dari Malaysia. Saya ucap selamat maju jaya dan berharap dalam melihat aksinya nanti. Buat kami bangga, Luqman, tulis Rajagobal melalui laman twitternya.

https://twitter.com/kvkofficieel/status/1291252665867857921?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1291269300422971392%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.vocketfc.com%2Fvideo-pengenalan-luqman-oleh-kv-kortrijk-cetus-rasa-bangga-peminat-tempatan%2F

Kontrak Luqman bersama kelab itu dianggarkan bernilai 7 angka (berkemungkinan sekitar RM3 juta) dimana beliau juga turut akan menerima kemudahan tempat tinggal serta pengangkutan ketika berada disana nanti.

Selain itu, nilai tersebut juga tidak termasuk bonus prestasi yang akan diterima oleh Luqman Hakim sekiranya beliau berjaya mempamerkan @ksi yang cemerlang bersama pasukan KV Kortrijk.

sumber:vocketfc

Dari sudut dokvmentasi pula, Luqman Hakim sudah pun menerima visa dan beliau akan terbang ke Belgium pada bila-bila masa sahaja untuk menyertai skuad KV Kortrijk seterusnya memulakan karier bola sepak profesional di eropah.