Ucapan Matt Davies Mengharukan

Akhirnya, pertah@nan kanan skuad kebangsaan, Matt Davies bersuara mengenai status perpindahannya untuk saingan Liga Super musim 2020 yang tular sejak beberapa hari. Walaupun tidak menyebut pasukan mana yang bakal disertainya, semua penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan pastinya sudah mengetahui destinasi baharunya nanti.

Menerusi laman Facebooknya, Matt Davies menyatakan bahawa ia adalah satu keputusan sukar buat dirinya dan mengumumkan hari ini adalah hari terakhirnya bersama Pahang. Berbaki kurang dua minggu lagi, Tok G@jah menerima tamparan hebat apabila kapten mereka akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan yang dalam persediaan akhir.

Pertahanan berusia 25 tahun itu turut menyatakan yang Pahang sentiasa istimewa di hatinya selepas mula menyertai pasukan tersebut bermula pada musim 2015 yang lalu.

Selepas lima tahun dan menjadi kapten untuk empat tahun, pertahanan kacukan Malaysia-Australia itu memutuskan yang ini adalah masa sesuai buat dirinya untuk mencari cabaran baharu walaupun pada awal tahun lalu yang beliau komited untuk terus di Pahang. Namun, mungkin atas kesempitan dan masalah kewangan pasukan ketika ini, Pahang dan Matt Davies terpaksa menerima tawaran ke atasnya yang masih berbaki setahun k0ntrak.

https://www.instagram.com/p/B8oGXIpHBMS/?utm_source=ig_embed

“Hari ini merupakan hari yang sukar buat saya kerana terpaksa memberitahu bahawa hari ini merupakan hari terakhir saya bersama Pahang FA. Setelah lima musim dengan kelab ini dengan lebih 150 perlawnan, akhirnya saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal. “Amat sukar untuk saya mengucapkan dengan kata-kata bahawa negeri ini amatlah bermakna buat saya dan betapa sukarnya untuk berpisah,” ucapnya dalam kenyataan tersebut.

Dikesempatan itu, Matt Davies turut meninggalkan ucapan terima kasihnya kepada beberapa pihak terutamanya pengurusan pasukan, rakan-rakan sepasukan, para penyokong dan juga Tengku Muda Pahang (TMP) atas sokongan kepadanya selama bersama Pahang. “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan sepasukan saya, kakitangan Pahang FA dan terutama sekali para peminat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada TMP kerana selalu mempercayai saya dan membenarkan saya menjadi kapten pasukan ini sejak 2016,” tambahnya. Sebelum menutup bicara dalam postingnya, Matt Davies dilihat turut menegaskan sekali lagi yang, “Pahang akan selamanya ada tempat yang istimewa di hati saya.” Menurut sumber yang diperolehi, dimaklumkan bahawa Matt Davies akan diperkenalkan sebagai pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Isnin (esok).

KREDIT FOTO: PAHANG FA