Ubi Muda JDT Bukan dari JOHOR

Arif Aiman Mohd Hanapi merupakan pemain bola sepak dari Malaysia yang kini bermain bersama kelab Johor Darul Takzim FC. Pada 14 Mac 2020, beliau yang memegang peranan di posisi midfielder, membuat debut dalam skuad senior ketika menent@ng Felda United dalam perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020.

Biodata Nama sebenarnya, Arif Aiman Mohd Hanapi. Menggunakan nama komersial, Arif Aiman. Kelahiran Pahang pada 4 Mei 2002. Berumur 18 tahun. Laman sosial Instagramnya atas nama @ariifaiman sehingga kini mencatatkan lebih 10,000 pengikut.

Perjalanan karier Bakatnya dicungkil sewaktu penyertaan dalam program Mykids 2011/12 sebelum menganggotai skuad yang menjulang kemenangan pada IberCup Costa Del Sol 2015. Asalnya mengasah bakat di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), beliau akhirnya berhijrah ke Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hujung 2018 bagi tujuan pengembangan karier dalam beroleh lebih banyak peluang bermain di padang.

Terbukti haluan yang dipilih tepat apabila aksinya mempamerkan prestasi cemerlang dalam saingan Piala Belia dan Presiden, mencvri perhatian jurulatih skuad Malaysia B18, Bojan Hodak pada awal 2019.

sumber:iluminasi.com

Pada 14 Mac 2020, beliau membuat debut dalam skuad senior ketika menent@ng Felda United di Stadium Sultan Ibrahim, mewakili JDT untuk perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020.