Tunggu Lampu Hijau

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan sedang menunggu jawapan rasmi dari New Zealand untuk mengadakan aksi persahabatan buat Harimau Malaya.Ia susulan penundaan perlawnan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bagi bulan ini dan Jun akibat penularan COVID-19.Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui kebimbangan mengenai COVID-19 menyukarkan pihaknya mendapatkan pasukan untuk aksi persahabatan.Beberapa (negara) yang kita hubungi tidak dapat menyertai aksi persahabatan, mungkin atas faktor COVID-19 atau mungkin juga mereka sudah mengatur perancangan lain.Kita sudah berhubung dengan beberapa negara termasuk Filipina, Singapura dan India, tapi kita nampak ada sedikit cahaya (petanda p0sitif) mungkin New Zealand.

Namun mereka masih belum lagi memberikan jawapan secara rasmi.Harap sekurang-kurangnya kita dapat mencari satu pasukan untuk mengadakan perlawnan persahabatan di Malaysia,” katanya.Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata Malaysia diletakkan dalam zon merah mengenai isu COVID-19 oleh beberapa negara, sekali gus menyukarkan H@rimau Malaya mendapatkan lawan bagi aksi persahabatan.Berkenaan COVID-19 saya sudah berhubung dengan setiausaha agung persatuan bola sepak negara lain dan Malaysia dikategorikan sebagai zon merah yang mana mungkin mereka tak boleh datang ke sini, atau kalau mereka datang, mungkin pemain mereka tak boleh balik ke negara tempat mereka beraksi.Contoh pemain Korea yang bermain di England tak boleh balik ke Korea, kalau balik Korea tak boleh masuk balik England.Perkara ini agak rumit, bukan !su pasukan itu boleh datang atau tidak ke Malaysia, tapi individu mungkin tak boleh datang. Walaupun FIFA bagi ruang buat aksi persahabatan, tapi kita pun kena tengok dari sudut antarabangsa, katanya.