‘TRW bukan lagi pasukan bermasalah’

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Husin
Deraman percaya Kelantan tidak lagi akan dilabel sebagai pasukan berm@salah
dengan mematuhi Program Kawalan Ekonomi (ECP) yang diperkenalkan Liga Bola
Sepak Malaysia (MFL) musim depan.

ECP yang bertujuan untuk membendung masalah k3wangan pasukan
Liga Malaysia (Liga-M) dilihat mampu jadi peny3lamat kepada kebanyakan pasukan
tempatan yang sering dihimpit masalah gaji termasuk Kelantan.

Sebelum ini, skuad kendalian Yusri Che Lah itu berdepan
pengg@ntungan lesen kelab disebabkan beberapa masalah k3wangan termasuklah tvnggakan
gaji pemain serta tvnggakan pembayaran dengan agensi kerajaan seperti Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Justeru, Husin berharap pendekatan MFL yang melaksanakan ECP
bermula musim depan adalah tepat pada masanya untuk Kelantan memulakan musim
2020 dengan azam baharu tanpa dihimpit lagi masalah gaji, sekali gus membersihkan
kembali nama The R3d Warri0rs (TRW) daripada kemelut yang tidak sepatutnya.

“Memang kami di pihak KAFA tidak ingin lagi dianggap sebagai
pasvkan yang selalu berdepan mas@lah gaji setiap tahun kerana ia cukup memberi
k3san kepada prestasi pasukan.

“Bermula musim depan, kami ingin bebas daripada sebarang hvtang
dan KAFA juga sudah memperoleh lesen kelab untuk kami terus bertanding.

“Yang penting, kami perlu mengelvarkan bajet yang sepatutnya
untuk dikemukakan selewat-lewatnya 15 Disember depan dan seandainya lulus, saya
harap pasukan akan menghadapi saingan dengan misi baharu tanpa perlu risau m@salah
kewangan lagi,” katanya.

Terdahulu, MFL telah mengadakan Bengkel ECP kepada semua
Rakan K0ngsi Liga pada 18 November lalu bagi memberi maklumat terperinci
mengenai program berkenaan agar semua pasukan jelas dengan cara
perlaksanaannya.

Husin berkata, pihak KAFA sudah sedia maklum mangenai cara
perlaksanaan ECP apabila pernah diberi taklimat oleh MFL dan perunding ECP,
PricewaterhouseCoopers Risk Services Sdn. Bad (PwC Malaysia) dan mereka sudah
bersedia lebih awal untuk memastikan KAFA mampu memenuhi kriteria yang
ditetapkan dalam ECP.

“Inisiatif yang dilakukan oleh MFL untuk mewujudkan program
ECP ini sememangnya bagus untuk membantu semua pasukan berbelanja dengan
berhemah.

“Apabila saya hadir ke Bengkel ECP, banyak maklumat yang
kami sudah perolehi dan saya akan pastikan KAFA dapat mengikuti setiap per@turan
yang telah ditetapkan dalam ECP.

“Saya rasa KAFA tidak akan berdepan sebarang m@salah untuk
kami kemukakan perancangan bajet selepas ini dan saya percaya pasukan Kelantan
akan memulakan musim 2020 dengan lebih baik”, jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *