Tolong Nasihat Sikit Tunku

Kumpulan penyokong rasmi JDT, Boys of Straits (BOS) mel@nggar arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melar@ng orang ramai menyertai perhimpunan awam melebihi 50 orang. Arahan ini dikeluarkan untuk membendung penularan gelombang kedua wabak COVID-19 di Malaysia ketika ini.

Meskipun Malaysian Football League (MFL) sendiri telah mengeluarkan lar@ngan kepada penyokong untuk datang ke stadium, BOS dilihat tidak mengendahkan larangan tersebut – dengan berkumpul ramai-ramai di luar Stadium Sultan Ibrahim pula.

Setia bersamamu Johor!Kekangan bermain tanpa penyokong tidak menghalang kami !Luar stadium 90 minit Samok!!Hadir Stadium Sultan Ibrahim BosJohorOfficial (@BosJohor2010) March 14, 2020 Meskipun niat mereka bagus iaitu untuk memberikan sokongan kepada pemain JDT yang melayan kunjungan Felda United malam semalam, ia jelas bertentangan dengan inisiatif kerajaan yang mahu mengelak COVID-19 menjadi lebih serius. Ini berikutan pertambahan kes di Malaysia selepas lebih 10,000 orang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling. Berita Harian melaporkan perhimpunan tersebut merupakan kluster baharu COVID-19 apabila tiga orang sah positif COVID-19 selepas menghadiri perhimpunan tersebut. JDT diikat seri 1-1 oleh Felda United dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam semalam.

Reaksi netizen Rata-rata netizen melahirkan rasa kesal apabila BOS tidak mengendahkan larangan MFL dan KKM dengan berhimpun beramai-ramai di stadium.

Ramai juga menyarankan supaya Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengeluarkan perintah baginda sendiri supaya BOS tidak berkumpul beramai-ramai sementara wabak COVID-19 sedang menular.

Ada juga yang memuji semangat yang ditunjukkan BOS untuk menyokong pasukan kesayangan mereka. Tetapi keadaan semasa juga perlu diambil kira, kata mereka.

https://twitter.com/74shaq/status/1238893994811195393