Tolong Jangan Ganggu Tan Cheng Hoe

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan mengingatkan semua pihak untuk tidak terlalu ghairah dalam mencadangkan nama pemain kacukan untuk skuad kebangsaan.Ia susulan beberapa nama pemain yang didakwa memiliki darah kacukan Malaysia seperti Harry Edge dan Marcel Kalonda tiba-tiba muncul dan menyatakan kesediaan untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya.Sathianathan menjelaskan segala keputusan sama ada dari segi penilaian dan pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan terletak sepenuhnya di tangan ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Justeru, beliau yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan berkata, pihak lain tidak perlu mengambil alih tugas Cheng Hoe dari aspek menyediakan perancangan untuk perkembangan terbaik skuad kebangsaan.Kadang-kadang ramai orang yang tiada kena mengena cakap pasal pemain dari luar negara. Adakah orang itu berhak untuk memberitahu mereka boleh bermain dengan skuad kebangsaan? Bagi saya, apa saja kenyataan perlu keluar daripada Cheng Hoe dan dia yang akan berhubung dengan pemain itu.Saya sokong jika Cheng Hoe mahukan seseorang pemain, tapi cadangan atau keputusan itu tidak boleh datang dari orang lain sama ada ejen atau sebagainya. Ini bukan perniagaan, ini untuk main dengan skuad kebangsaan.

Cheng Hoe yang akan lihat pemain itu dan kalau perlu pergi ke tempat mereka beraksi. Cheng Hoe kena pergi lihat dengan mata sendiri sama ada mereka sesuai atau tidak berada dalam skuad kebangsaan.Kita pun tak tahu kerana tiba-tiba nama pemain kacukan ini muncul. Tapi kalau dia Cheng Hoe mahukan seorang pemain yang lebih handal dari Safawi Rasid atau Mohamadou Sumareh, mungkin dia kena pergi tengok pemain ini beraksi dalam tiga atau empat perlawnan.Bukan semua pemain luar negata bagus, kadang-kadang kita teruja bila dengar pemain ini beraksi di Eropah, tapi di sana ada juga divisyen empat atau lima. Bagi saya skuad kebangsaan ketika ini sudah stabil, katanya kepada BH Sukan, semalam.

Dalam perkembangan lain, Sathianathan turut menjelaskan Cheng Hoe perlu membuat keputusan yang bijak dalam memanggil pemain naturalisasi kedua negara menyertai skuad Harimau Malaya buat kali pertama.Mungkin dia (Liridon) bukan pemain utama dalam skuad JDT sebab ramai pemain terbaik di sana. Tapi kita tahu kekuatan dan kelemahan Liridon. Jadi terpulang kepada kebijaksanaan Cheng Hoe, katanya.