Tiga Pemain right back Pahang Akan Pilih ganti Matthew Davies

Setelah pemain pertahanan skuad kebangsaan, Matthew Davies melengkapkan perpindahan dengan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT), persoalan yang tinggal ialah siapa yang akan menggantikan pemain tersebut sebagai right back utama pasukan Pahang pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Sebelum ini, sejak menyertai skuad Tok G@jah pada 2015, Davies merupakan pilihan untuk mengisi posisi right back Pahang dalam kesebelasan utama. Bahkan, beliau dilantik sebagai ketua pasukan bermula musim 2016 bagi menggantikan Jalaluddin Jafar yang bersara pada penghujung musim 2015.

Pengganti

SUMBER GAMBAR: SB

Memandangkan saingan Liga Malaysia musim 2020 akan bermula pada 28 Februari ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dilihat mempunyai masa yang suntuk bagi membeli ataupun menandatangani pemain untuk mengisi kekos0ngan yang ditinggalkan Davies.

Jadi, alternatif yang ada bagi Pahang ialah melihat kepada pemain sedia ada dimana ketika ini skuad bimbingan Dollah Salleh itu mempunyai tiga pemain yang boleh beraksi sebagai right back. Tiga pemain yang dimaksudkan ialah Bunyamin Umar, Ashar Al Aafiz dan bekas pemain skuad B-22 tahun negara, R,Dinesh.

Pengganti

SUMBER GAMBAR: PAHANG FA

Bunyamin merupakan pemain berpengalaman di mana beliau sebelum ini beraksi bersama Selangor manakala Ashar dan R.Dinesh adalah pemain muda yang masih mempunyai masa untu digilap seterusnya menjadi pengganti kepada Matthew Davies.

Dollah boleh menguji ketiga-tiga pemain ini dalam aksi persahabatan bagi melihat pemain mana yang boleh diturunkan dalam kesebelasan utama sekaligus digandingkan dengan Mohamadou Sumareh di bahagian kanan.

Sumber:vocket