Tiga Pasukan Lagi Masih Berdegil

Ketika banyak persatuan bola sepak negeri (FA) sedang rancak mengatur persiapan untuk pertukaran status ke pasukan bola sepak (FC) bagi musim depan, lain pula halnya dengan tiga pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mendedahkan tiga pasukan terbabit iaitu dua dari Liga Super dan satu dari Liga Perdana masih belum bergerak dalam perancangan untuk penswastaan pasukan ketika tarikh akhir hanya berbaki kira kira sebulan setengah lagi.

Katanya, tiga pasukan itu selain lima lagi pasukan yang baharu sahaja bergerak perlu bekerja lebih laju bagi memastikan proses penswastaan itu dapat dilaksanakan sebelum tarikh akhir 30 September ini.

Kita bekerjasama dengan pasukan ini kerana mungkin mereka ada sebab tersendiri di peringkat d0mestik yang menyebabkan tidak dapat memulakan proses penswastaan ini.Tetapi FAM hanya boleh membantu setakat yang termampu kerana pelaksanaan ini membabitkan gerak kerja di peringkat d0mestik.

Jadi buat masa ini, lapan pasukan ini perlu bergerak lebih pantas dan perlu pastikan proses penswastaan ini dapat dilaksanakan. Ia memerlukan masa kerana bukan setakat mendaftar syarikat tetapi ada perkara lain seperti memerlukan kelulusan EXCO, dokvment@si dan sebagainya.

Setiap dari mereka ada masalah berbeza, mungkin kerana pengurusan belum membuat keputusan untuk pertukaran, pengurusan memerlukan masa dan maklumat yang lebih banyak atau mungkin mereka enggan untuk bergerak. Kita lihat apa keputusan yang perlu kita ambil hujung September nanti, katanya.

Dalam perkembangan lain, Stuart tidak melihat situasi ekonomi semasa yang dihimpit pandemik C0-V!D-19 ketika ini akan memberi kesan kepada inis!atif penswastaan yang dimahukan badan induk itu apabila ia dilihat mampu menjejaskan minat mana-mana pihak untuk melabur dalam bola sepak.

Perjalanan penswastaan ini dilakukan dalam situasi yang tidak diingini. Jadi kalau ekonomi sedang maju dan kita tidak berada dalam p@ndemik, mungkin lebih mudah untuk kita berbincang mengenai penswastaan dan pelaburan.

Tetapi melihat kepada perkembangan semasa, banyak perbincangan mengenai pelabvran daripada individu mahupun syarikat yang menunjukkan minat untuk menyertai bola sepak di mana dengan status persatuan dulu, mereka jadi kurang berminat.

sumber:BH

“Dengan penswastaan dan mereka diberi peluang menjadi pemilik, mereka boleh justifikasikan untuk keluarkan duit yang memberi kepentingan kepada mereka. Jadi kita harap dengan kembalinya keyakinan terhadap bola sepak dan pemulihan ekonomi, ia dapat memberi impak pos!tif kepada bola sepak Malaysia,” katanya.