Tiga Pasukan Ini Yang Berbaloi Dibeli

Kelantan, Kedah dan Perak diletakkan dalam kategori teratas sebagai pasukan paling berp0tensi untuk dibeli oleh mana-mana individu yang berhasrat memiliki kelab bola sepak dalam Liga Malaysia (Liga M). Penilaian itu diberikan pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa berdasarkan beberapa faktor termasuk memiliki pangkalan peny0kong yang besar, selain leg@si pemain berbakat dan sejarah kejayaan kelab. Beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam meletakkan Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka dalam kategori kedua – sementara Sabah, Sarawak, UiTM dan PDRM pada kategori ketiga. Namun beliau tidak menyenaraikan pasukan besar seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor dan Pahang selepas menganggap pasukan itu berada pada tahap terlalu tinggi kerana tampuk kepimpinan diketuai kerabat diraja. JDT, Selangor dan Pahang adalah kelab eksklvsif. Mereka juga sudah membina imej dan perniagaan selain ada suntikan dana. Kalau nak beli pun perlukan modal yang besar, bukan setakat RM10 juta atau RM15 juta. Jadi, pasukan yang paling berpotensi untuk dibeli adalah Kelantan, Kedah dan Perak. Perkara utama yang saya nampak kerana mereka mempunyai pangkalan penyokong yang besar dalam Liga M.Penyokong seperti Kelantan dan Kedah sangat fanatik dan budaya sosial mereka ini mewujudkan pangkalan penyokong yang besar. Kelantan, Kedah dan Perak juga ada sejarah kegemilangan mereka yang turut mempengaruhi pot3nsi mereka. Cuma apa yang silap ketika ini apabila pasukan seperti Kelantan dan Kedah ada masalah tadbir urus kewangan dan tunggakan gaji, katanya kepada BH Sukan, semalam. sumber:BH Selain itu, Mohd Sadek menjelaskan sudah tiba masanya kelab bola sepak di negara ini bekerjasama dengan agensi berkenaan dalam memastikan tiada barangan tiruan pasukan menguasai pasaran.Semua pasukan perlu pastikan penyokong mereka membeli bar@ngan atau ‘merchandise’ kelab yang original dan bukannya tiruan.Ia salah satu penyumbang kepada pendapatan pasukan kerana ketika ini pasukan berdepan kerugian besar akibat penjualan barangan tiruan, katanya. Info: Kelab paling berpotensi untuk dibeli Kategori 1 – Kelantan, Kedah, Perak Kategori 2 – Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka Kategori 3 – Sabah, Sarawak, PDRM, UiTM Kelab eksklusif JDT, Selangor, Pahang