Tiga jurulatih berebut satu tempat

Menjelang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 yang akan berlangsung pada 15 November ini, senarai-senarai calon sudah mula diumumkan.

Hari ini senarai calon bagai Anugerah Jurulatih Terbaik 2019 sudah diumumkan oleh Malaysia Football League (MFL). Tiga jurulatih yang tersenarai bagi anugerah tersebut adalah Aidil Sharin Sahak (Kedah), B. Sathianathan (Selangor) dan Dollah Salleh (Pahang).Siapa yabg akan mengisi tempat pertama Anugerah Jurulatih Terbaik 2019.

Di antara ketiga-tiga calon ini, Aidil Sharin Sahak adalah yang paling muda dan paling baru dalam kancah Liga Malaysia. Mula mengendalikan skuad Lang Merah pada musim ini, dia berjaya membawa Kedah menjulang Piala FA sekaligus melayakkan diri ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia untuk musim hadapan. Selain itu, di bawah kendalian Aidil, Kedah menamatkan Liga Super di kedudukan keempat dan menjadi naib juara Piala Malaysia untuk musim ini. Untuk membawa satu pasukan ke dua perlawanan akhir piala dan menempatkan diri di antara empat pasukan terbaik Liga Super dalam musim pertama bukan satu tugas mudah, tetapi Aidil berjaya membuktikan kebolehannya.

Selepas memberi saingan s3ngit di awal dan pertengahan musim kepada Johor Darul Ta’azim (JDT), Dollah Salleh dan anak buahnya perlu berpuas hati menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua. Antara pengendali yang mempunyai pengalaman sebagai pemain dan jurulatih di Liga Malaysia, Dollah telah berjaya memperbaiki kedudukan Pahang berbanding musim lalu. Pastinya Dollah Salleh merasa kec3wa kerana g@gal membawa Pahang melepasi saingan separuh akhir untuk dua kejohanan piala pada musim ini.

Berjaya membawa Felda United ke Liga Super untuk musim 2018, B. Sathianathan menukar ang!n dan berhijrah ke Selangor musim ini. Selangor yang mahu kembali memberi saingan di Liga Malaysia nampaknya membuat keputusan yang tepat dengan Sathianathan berjaya memperbaiki kedudukan mereka dalam Liga Super. Biarpun berg3lut di awal musim sehingga ada penyokong yang mahu Sathianathan digantikan, dia terus berkerja k3ras dan akhirnya Red G!ants menamatkan kempen Liga Super 2019 di tangga ketiga. Sayang sekali Red G!ants tersingk!r di pusingan ketiga Piala FA kepada Felda United dan sukar mengatasi JDT di separuh akhir Piala Malaysia.

Ketiga-tiga calon ini mempunyai kelebihan tersendiri untuk merangkul Anugerah Jurulatih Terbaik 2019, melihat kepada rekod mereka pada musim ini, pastinya sukar untuk meramal siapa yang akan membawa pulang anugerah tersebut. Untuk itu, kita perlu menunggu sehingga 15 November ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *