Tidak Lagi Bersama Pahang

SELEPAS tiga musim, pemain tengah berasal dari Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria sah meninggalkan skuad Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemain berumur 28 tahun itu dikatakan tidak dilanjutkan kontrak kerana mahu menyertai pasukan baru selepas tiga musim bersama skuad Tok G@jah sejak 2017.

Difahamkan, pemain dari Tumpat, Kelantan itu akan beraksi bersama negeri kelahirannya.

Menurut sumber, bekas pemain Harimau Muda A itu sememangnya berhasrat menyarung pasukan baru.

“Memang sah Kecik (Wan Zaharulnizam) tidak lagi bersama Pahang musim depan.

Dia memilih kembali menyarung jersi negeri kelahirannya.

“Oleh itu, Pahang keh!langan pemain tengah berpengalaman dan semoga Wan Zaharulnizam berjaya bersama pasukan baru,” kata sumber itu.

Setakat ini, antara pemain yang tidak lagi menyarung jersi Pahang musim depan ialah penye r@ng kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Selain itu, Zubir Azmi, R Kogileswaran, A Salomon Raj, Afif Amiruddin serta dua penjaga gol, Remezey Che Ros dan Wafieyuddin Shamsudin.

Pemain baru dibawa masuk ialah bekas penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee Ramlisah dan bekas penjaga gol UKM FC, Daniel Wafiuddin.