Tidak Jangka Ini Rezeki Ramadhan -Khalid

SETIAP individu berbeza cara dan usaha yang dilakukan ketika Ramadan terutama untuk menambah sumber pendapatan masing-masing yang kebanyakannya terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak tiga bulan lalu.Situasi berkenaan menyebabkan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak, Khalid Jamlus mengambil inisiatif menjual jersi edisi khas miliknya menerusi platform media sosial sepanjang Ramadan ini.Namun, mengejutkan jersi jualannya mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sukan bola sepak seluruh negara.

Beliau berkata, selain memperbanyakkan amalan dan ibadah sepanjang Ramadan ini, Khalid juga turut mahu mencari sumber pendapatan tambahan dengan menjual kuih raya atau barangan lain.Pada awalnya, saya memikirkan mungkin agak rugi jual pakaian pada bulan Ramadan tahun ini memandangkan situasi penularan pandemik Covid-19 sekali gus boleh menyebabkan kerugian.Namun, setiap individu pasti ada rezekinya apabila keputusan untuk berniaga jersi sebenarnya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang tidak putus-putus membuat tempahan menerusi atas talian.

Jersi yang saya jual adalah keluaran khas ketika era kegemilangan sebagai pemain kebangsaan dan ia juga adalah antara usaha untuk menghargai peminat yang banyak menyokong saya sebelum ini,” katanya.

sumber :HM

Selain itu, bekas penyerang berbisa negara itu berkata, ketika ini beliau lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah dan membaca al-Quran.Sekarang ini semua aktiviti bola sepak terpaksa dihentikan seketika sekali gus saya mempunyai masa terluang bersama keluarga terutama dapat berbuka puasa bersama.

Jika ada masa terluang, saya akan membuat rakaman video secara langsung menerusi platform Facebook untuk berkongsi pendapat dan idea berkaitan situasi terkini industri bola sepak negara,” katanya.