Tidak Akan Kompromi Bab Ini

BERSEDIA untuk cari venue lain apabila pemeriksaan lanjut mendapati stadium yang digunakan pasukan Liga Malaysia (Liga M) tidak bersesuaian atau mengalami masalah lain apabila sa!ngan kembali bersambung hujung bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani berkata, ketika ini pihaknya sudah menghantar surat pekeliling kepada semua persatuan dan kelab supaya melakukan pemeriksaan terhadap venue yang bakal digunakan apabila saingan Liga M bersambung nanti.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi berkaitan keselam@tan memandangkan kebanyakan stadium tidak digunakan lebih tiga bulan sekali gus boleh mengundang bah@ya kepada pemain dan pegawai pasukan.Kita sudah menghantar surat pekeliling untuk memaklumkan perkara terbabit selain meminta tindakan lanjut daripada persatuan dan kelab bagi memastikan stadium berada dalam keadaan selamat.

Setakat ini, kita akan melakukan pemeriksaan dalam masa terdekat ini dan mahu semua pihak bekerjasama sebelum saingan Liga M bermula.Jika gagal berbuat demikian, mereka perlu segera mencari alternatif lain kerana sudah pasti MFL tidak akan membenarkan bermain di stadium yang ber!siko,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan pasukan Liga M jangan terlalu ‘ghairah’ beraksi apabila saingan liga bermula kerana mereka perlu memastikan venue yang digunakan nanti selamat.

MFL sebagai badan bertanggungjawab terhadap penganjuran liga sudah tentu melihat perkara terbabit sebagai !su utama yang utama yang perlu ditangani bagi memastikan selamat digunakan selain tidak mempunyai masalah lain hingga boleh menyebabkan perkara tidak diingini berlaku.

Malah walaupun pasukan berkenaan sudah mendapat ‘lampu hijau’ untuk menjalani latihan dan ber@ksi dalam sa!ngan Liga M seperti biasa namun mereka sebenarnya perlu melepasi halangan terakhir iaitu keadaan stadium perlu selamat digunakan selepas hampir empat bulan ‘terbiar’ akibat C0v!d-19.

sumber:HM

Sementara itu, Ab Ghani berkata, semua pasukan sudah mendapat kebenaran mengadakan sesi latihan fasa pertama dengan empat pasukan terakhir iaitu satu daripada Liga Super iaitu PDRM manakala tiga lagi daripada Liga Perdana iaitu Kelantan, UKM FC dan Sarawak sudah menghantar segala d0kumen yang diperlukan minggu lalu.