Tiada Talian Hayat Untuk Pasukan Sangkut

Tiada sebarang keistimewaan atau ‘bantuan khas’ kepada Felda United FC dan UKM FC selepas dua pasukan itu dikhabarkan masih belum mendapat kelulusan bagi proses penswastaan.Sebaliknya, Persatuan Bolasepak Malaysia hanya meminta penjelasan daripada pasukan terbabit berkaitan dokumen berkaitan yang sudah diserahkan kepada mereka untuk penelitian badan !nduk bola sepak itu.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, setakat ini dua pasukan itu masih lagi mematuhi tarikh akhir penghantaran dokumen yang berakhir semalam.Semua 21 pasukan sudah memberi dokumentasi yang diperlukan, tetapi dua pasukan ini FAM memerlukan penjelasan membabitkan d0kument@si itu.

Bukan mereka tak hantar, mereka sudah hantar tetapi selepas dokumentasi diperiksa oleh jawtankuasa, ada klarifikasi yang diperlukan oleh FAM.Kita tak bagi talian hayat, mereka sudah hantar, tapi maklumat yang diberikan kita perlukan penjelasan. Semua keputusan akan dimaklumkan pada sidang media Isnin ini, katanya, di sini.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan dua pasukan boleh dikatakan masih lagi sangkut berikutan dokvmen yang dihantar tidak memenuhi kr!teria yang ditetapkan Jawatankuasa Khas Bolasepak Profesi0nal Persatuan Bolasepak Malaysia .

Dua pasukan terbabit masing-masing Felda United dan UKM FC yang sebelum ini sudah menghantar dokvmen penswastaan, sebenarnya masih ada beberapa perkara gagal dilakukan hingga memaksa badan induk bola sepak negara itu memberikan tempoh sehingga Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed menjelaskan pihaknya kurang berpuas hati dengan dokumen yang dihantar dua pasukan terbabit.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya sedang melakukan penilaian terakhir terhadap dokumen yang sudah dikemukakan skuad Felda United dan UKM.

sumber:HM