Tiada Layanan Istimewa

Tiada layanan istimewa buat pemain naturalisasi kedua negara, Liridon Krasniqi dalam skuad H@rimau Malaya sekiranya dipanggil memperkuatkan pasukan kebangsaan itu pada masa akan datang.Mengesahkan perkara itu, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menjelaskan sebaliknya semua pemain akan diberikan layanan sama rata.Tiada layanan istimewa buat Liridon kerana setiap pemain kena buktikan bahawa mereka layak untuk berada dalam skuad kebangsaan, kata Cheng Hoe kepada BH Sukan semalam.

Harapan seluruh penyokong dan rakyat Malaysia sudah pasti nak tengok sesuatu yang terbaik dari barisan pemain skuad kebangsaan.Kita tahu Liridon sudah lama bermain dalam Liga Malaysia dan saya rasa dia mampu memberi saingan positif dalam skuad kebangsaan. Pada masa sama, kita juga akan lihat dari segi fizikal dan mentalit semua pemain.”BH Sukan sebelum ini melaporkan Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan Liridon atau Mat Don kini sah menjadi pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh apabila sudah mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa .

Dalam perkembangan berkaitan, Cheng Hoe juga dilihat enggan terburu-buru memikirkan beberapa nama pemain berdarah kacukan baharu dari luar negara yang secara tiba-tiba hangat diperkatakan termasuk Harry Edge dan Marcel Kalonda.Malah, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia , B Sathianathan yang dilaporkan akhbar ini, semalam turut meminta semua pihak menyerahkan sepenuhnya kepada Cheng Hoe untuk memilih pemain yang paling layak diserap ke dalam skuad Harimau Malaya.Kita ada Jawatankuasa Program Naturalisasi dan kita kena bincang sebelum membuat pilihan terbaik. Ia bagi memastikan pemain berkenaan benar-benar layak menyarung jersi skuad kebangsaan,” kata Cheng Hoe.Kita tidak mahu sekadar memberi pasport. Bukan senang nak tengok seseorang pemain itu dan terus kata dia sesuai dengan pasukan kebangsaan.Kita kena lihat tahap kompetitif liga yang mereka beraksi juga. Kalau sekadar kompetitif bawah liga Malaysia, saya rasa tak nampak sesuatu (kelebihan). Tapi jika mereka berada di dalam liga yang kompetitif tinggi di negara itu, saya rasa kita boleh pertimbangkan.”